- advertisement -

Istimewa sempena Hari Malaysia, Astro bawakan sebuah filem pendek bertajuk Kampong Pisang Kita Setandan yang akan disiarkan pada 16 September 2021 di Astro 25.

Filem pendek arahan pengarah terkenal Mamat Khalid ini membawa tema semangat perpaduan yang wujud dalam sebuah kampung yang dikenali dan biasa kita dengar, Kampong Pisang.

- advertisement -

BACA : Saksikan Drama Siri 12 Episod Kampong Pisang Bersiri-Siri Di Astro Citra

Bila melibatkan Kampong Pisang, pastinya akan muncul watak-watak seperti Barkoba, Pak Jabit, Pak Din, Pak Karim, Cik Purnama dan ramai lagi

Judul : Kampong Pisang Kita Setandan
Pengarah : Mamat Khalid
Idea Asal : Mamat Khalid
Pelakon : Kazar Saisi, Bell Ngasri, Aziz M. Osman, Dewa Sapri, Mat London, Ahmad Yasin, Rashid Othman, Wong Wei Tian, Bulan Terry dan ramai lagi.

Kampong Pisang Kita Setandan

Sinopsis Filem Kampong Pisang Kita Setandan

Filem Kampong Pisang Kita Setandan mengisahkan tentang Teck Zee iaitu anak kepada Ng Chee Lam yang ingin berkahwin dengan kekasihnya, Bulan.

Namun begitu, kedua orang tua Teck Zee tidak bersetuju dengan perkahwinan anaknya tersebut. Tapi kenapa tidak dibenarkan berkahwin?

Jadi disinilah geng Kampong Pisang datang menyelesaikan masalah dengan diketuai oleh Pak Din Pest Control.

Beliau hadir mencari kepastian dan membantu demi memastikan keharmonian penduduk kampung itu terutamanya pada masalah kedua orang tua Teck Zee tersebut.

Kampong Pisang Kita Setandan

Waktu Bersiaran

Kampong Pisang Kita Setandan akan bersiaran selama setengah jam di Astro 25 saluran 100 pada 16 September, hari Khamis jam 4 petang. Anda juga boleh strim di platform Astro Go atau secara On Demand.

Jika terlepas, anda juga boleh saksikan filem ini yang akan ditayangkan di saluran lain Astro seperti berikut:

  • 16 September, Khamis 5.30 petang Astro Prima (CH 105)
  • 16 September, Khamis 9.30 malam Astro Ria (CH 104)
  • 18 September, Sabtu 10.00 malam Astro Warna (CH 107)
  • 20 September, Isnin 8.00 malam Astro Citra (CH 108)
  • 22 September, Rabu 12.30 tengahari NJOI TV (CH 140)

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here