Jangan lupa saksikan filem Kalut Nak Kahwin bermulai 4 Ogos 2022 yang ditayangkan di pawagam rumah anda Astro First di saluran 480 dan Astro Go. Anda boleh sewa dengan harga RM15 untuk tontonan 48 jam.
Tayangan : Astro First 480
Tarikh : Mulai 4 Ogos 2022
Pengarah : Yussuf Yunus
Produksi : Cinemalaya Studios Sdn. Bhd.
Pelakon
Antara pelakon yang membintangi filem ini seperti Amerul Affendi, Dee Al-Hadi, Chelsia Ng, Salih Yaccob, Kartina Aziz, Anas Ridzuan, Aloy Paradoks, Megat Sharizal dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Amerul Affendi sebagai Mustaqim
- Dee Al-Hadi sebagai Munirah
- Chelsia Ng sebagai Honey
- Salih Yaccob sebagai Pak Lang
- Kartina Aziz sebagai Mak Minah
- Anas Ridzuan sebagai Buyut
- Aloy Paradoks sebagai Sulaiman
- Megat Sharizal sebagai Zaidi
Sinopsis Filem Kalut Nak Kahwin
Filem komedi kemasyarakatan Kalut Nak Kahwin mengisahkan tentang kehidupan sebuah masyarakat di kawasan rumah flat yang mengalami masalah air pada majlis perkahwinan di tempat tersebut.
Kisahnya bermula pada hari majlis pernikahan dan persandingan Munirah dimana keadaan menjadi kalut apabila kawasan flat perumahannya mengalami gangguan air.
Sebagai anak sulung dalam keluarga, Mustakim berusaha menyelesaikan masalah tersebut dan memastikan hari bahagian adikanya dapat diteruskan dan berjalan seperti yang dirancang.
Sementara itu, Pak Lang yang ditugaskan sebagai ketua rewang menjadi lebih kalut kerana tidak dapat menyediakan semua juadah hidangan buat tetamu yang akan hadir dalam beberapa jam sahaja lagi.
Ternyata bukan itu sahaja masalah yang timbul, berlaku juga pelbagai insiden seperti kebakaran, tok kadi yang mempunyai urusan lain dan pelamin tidak siap.
Akan tetapi atas semangat kejiranan dan kerja berpasukan, semua penduduk flat cuba membantu walaupun semuanya dalam keadaan kalut.