Astro akan bawakan sebuah filem berunsur seram, thriller dan aksi komedi berjudul Jeritan Jin yang akan ditayangkan bermula 22 Januari 2022 di Astro First.
BACA : Saksikan Filem Penunggang Agama 2 Di Astro First
Filem arahan Roy WCC merupakan terbitan Redfiress Film Production yang dibintangi beberapa pelakon hebat Malaysia seperti Riz Amin, Dato Jalaluddin Hassan, Along Ezandi dan ramai lagi.
Tayangan : Astro First
Pengarah : Roy WCC
Penulis Skrip : Epi Kodiang
Penerbit : Sara
Produksi : Redfiress Film Production


Barisan Pelakon & Watak
Antara pelakon yang terlibat dalam filem Jeritan Jin ini seperti Riz Amin, Along Ezandi, Azlan Komeng, Dato Jalaludin Hassan, Arin Raja Lawak, Ruminah Sidek, Shira Saad, Ilya Sepahtu dan ramai lagi.
- Riz Amin sebagai Zack
- Along Ezandi sebagai Along
- Azlan Komeng sebagai Malik
- Dato’ Jalaluddin Hassan sebagai Jaffar
- Arin Raja Lawak sebagai Haron
- Ruminah Sidek sebagai Mak Wok
- Shira Saad sebagai Watie
- Ilya Sepahtu sebagai Malik
Sinopsis Filem Jeritan Jin
Filem Jeritan Jin ini mengisahkan Zack iaitu seorang bapa yang kembali dari penjara dimana diaingin memulakan hidup baru bersama anak perempuannya, Nisa. Hasratnya untuk tidak mencuri lagi terganggu apabila anaknya dimasukkan ke dalam hospital dan memerlukan duit rawatan yang besar.
Tiga mafia, Peter Lim, Jaafar dan Sara Bhai merancang untuk melabur RM15 juta dalam perjudian Piala Dunia. Dengan harapan untuk membayar kos rawatan anaknya, Zack menerima tawaran daripada Malik yang berniat untuk mencuri wang tersebut.
Selepas rompakan itu, Malik menyembunyikan wang tunai di sebuah kilang terbiar yang membawa mereka berdepan dengan jin yang sudah lama tidak diganggu.
Waktu Tayangan
Jangan lupa untuk saksikan filem Jeritan Jin yang akan mula bersiaran pada 22 Januari 2022, hari Sabtu di siaran Astro First 480 atau tonton menerusi Astro Go.