- advertisement -

Jangan lupa saksikan filem Jerangkung Dalam Almari yang akan mula ditayangkan pada 4 Ogos 2022, Khamis di pawagam seluruh Malaysia. Anda kini boleh beli dan dapatkan tiket wayang sekarang.

Tayangan : Pawagam
Tarikh : 4 Ogos 2022 (Khamis)
Penulis Skrip : Shadan Hashim
Pengarah : Shadan Hashim
Produksi : Akid Production Sdn. Bhd. dan NorthStar Prodigy Picture Sdn. Bhd.

Pelakon

Antara pelakon yang membintangi filem ini seperti Dato’ Adi Putra, Sophia Albarakbah, Hasnul Rahmat, Wan Hanafi Su, Anne Abdullah, Isaac Iman, Zaidi Omar, Fazlina Ahmad Daud, Amerul Effendi dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Dato’ Adi Putra sebagai Fikry
  • Sophia Albarakbah sebagai Shikin
  • Hasnul Rahmat sebagaiAli
  • Wan Hanafi Su sebagai Pak Hassan
  • Anne Abdullah sebagai Kak Itah
  • Isaac Iman sebagai Adam
  • Zaidi Omar sebagai Wak Ipin
  • Fazlina Ahmad Daud sebagai Hamidah
  • Amerul Effendi sebagai Ramdan

OST Filem

Tajuk Lagu : Jerangkung Dalam Almari
Penyanyi : Wings

- advertisement -

Sinopsis Filem Jerangkung Dalam Almari

Filem Jerangkung Dalam Almari mengisahkan tentangn kehidupan Fikri yang tidak tenteram kerana sering diganggu oleh jelmaan yang muncul dari dalam almari sehingga mengancam nyawa isterinya Shikin dan anaknya Adam.

Berbekalkan ilmu yang dipelajari daripada Pak Hassan, Fikri pulang semula ke rumah lama, tetapi terpaksa membuat perhitungan dengan abang Ali yang menyimpan rahsia gelap di sebalik ancaman Jerangkung Dalam Almari.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here