- advertisement -

Astro bawakan sebuah filem yang menampilkan kumpulan legenda komedi bertajuk Jaga-Jaga Senariounion yang akan ditayangkan dan temui penonton di Astro First bermula 21 April 2022.

Ya, kumpulan lawak Senario kini kembali lagi dengan sebuah filem baru. Jika sebelum ini mereka dikenali dengan lawak sitkom dan seterusnya menerusi trilogi Senario The Movie, Senario Lagi dan Lagi-Lagi Senario dan kali ini kembali menerusi Jaga-Jaga Senariounion.

Tajuk : Jaga-Jaga Senariounion
Pengarah : Aziz M. Osman
Penerbit : Aziz M. Osman
Produksi : Botak Production Management Sdn. Bhd.

jaga-jaga senariounion

Barisan Pelakon

Kesemua ahli Senario terlibat dalam filem ini iaitu Azlee, Ilya Buang, Saiful Apek, Wahid, Hamdan dan Yassin. Tetapi hanya seorang sahaja yang tiada iaitu Mazlan.

- advertisement -

Selain itu, beberapa pelakon lain terlibat seperti Syanie, Mas Said, Badrolshah, Bobby Kiran, Amm Raja Lawak, Nur Farisha Amira dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Azlee sebagai Azlee
  • Illya Buang sebagai Tok Kadi
  • Saiful Apek sebagai Saiful
  • Wahid sebagai Wahid
  • Yassin sebagai Yassin
  • Hamdan sebagai Dato Hamdan
  • Nur Farisha Amira sebagai Zila
  • Mas Said sebagai Prono
  • Badrolshah sebagai Bala
  • Syanie sebagai Syanie
  • Aman Shah sebagai Amen
  • Siti Nora sebagai Nora

Sinopsis Jaga-Jaga Senariounion

Filem ini bermula dengan kisah keluarga dan sahabat handai Datuk Hamdan berkumpul untuk menjadi pengiring bakal pengantin iaitu Amen (anak Datuk Hamdan) untuk acara akad nikah di rumah pengantin perempuan. Sebanyak 9 dulang hantaran bernilai RM50 ribu dibawa oleh pengiring. 

Ketika dalam perjalanan, tiba tiba kereta rombongan diserang perompak dan kesemua dulang hantaran telah disamun. Akhirnya rombongan Datuk Hamdan tiba dirumah pengantin perempuan dengan tangan kosong.

Ibu pengantin perempuan iaitu Syanie curiga dengan insiden tersebut dan bertegas untuk membatalkan acara akad nikah. Ketegangan berlaku.

Muncul Saiful, seorang penyiasat insuran mengesyaki ada unsur sabotaj disebalik tragedi ini. Dia menghimpunkan kesemua mereka yang berkenaan.

Dengan kebijaksaan, Saiful menyoal siasat kesemua mereka untuk mencari dalang yang sebenar. Siapakah yang merancang mencuri dulang hantaran dan kenapa?

jaga-jaga senariounion

Waktu Tayangan

Jadi jangan lupa untuk saksikan filem komedi Jaga-Jaga Senariounion yang akan mula bersiaran pada 21 April ini secara eksklusif di Astro First.

Anda boleh langgan di tv menerusi saluran 480 atau tonton secara On Deman dan aplikasi Astro Go dengan harga RM15.00 untuk tontonan secara berulang-ulang bagi tempoh 48 jam

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here