Jangan lupa saksikan filem seram Harum Malam yang akan menemui penonton serentak di pawagam seluruh Malaysia mulai 9 Februari 2023 (Khamis) hingga seterusnya.
Anda boleh dapatkan tiket wayang sekarang untuk menonton filem ini.
Tayangan : Pawagam
Tarikh : 8 Februari 2023 (Mulai Khamis)
Pengarah : Dain Said
Produksi : Apparat, D’Ayu Picturesdan Skop Productions
Pelakon
Antara pelakon yang membintangi filem ini seperti Bront Palarae, Remu Ishak, Nadiya Nisaa, Nabila Huda, Amanda Ang, Joey Daud, Faizal Hussein, Idan Aedan, Arnie Shasha, Angelica Petra dan ramai lagi.
Sinopsis Filem Harum Malam
Filem Harum Malam mengisahkan tentang pergelutan hidup iqbal iaitu seorang remaja dan pelatih perubatan tradisional yang mampu melihat makhluk yang ghaib pada mata kasar manusia.
Keupayaan luar biasa ini mengakibatkan Iqbal sering diganggu makhluk dan ancaman dari dunia alam ghaib sehingga sukar untuk Iqbal membezakan antara realiti dan ghaib.
Satu peristiwa telah menyebabkan rakan-rakan dan keluarga Iqbal terdedah dengan makhluk ghaib yang amat berbahaya. Tanpa mempunyai pilihan, Iqbal terpaksa menggunakan kebolehan istimewa ini untuk melawan makhluk tersebut.



