- advertisement -

Jangan lupa saksikan filem seram komedi Hantu Tenggek yang akan menemui penonton semua serentak di pawagam seluruh Malaysia mulai 22 Disember 2022 (Khamis). Anda boleh dapatkan tiket wayang sekarang bagi menonton filem ini.

Dapatkan AUTAA, geng Pemburu Mistik terus menipu penduduk kampung dengan teknologi mereka untuk menghalau hantu ataupun mereka terperangkap dengan perbuatan mereka sendiri?

Tayangan : Pawagam
Tarikh : 22 Disember 2022 (Mulai Khamis)
Penulis Skrip : Nur Nafisah Azmi dan Wan Ainaa Atiqah
Pengarah : Dato’ Profesor Dr. A. Razak Mohaideen
Produksi : Veedu Production Sdn. Bhd. dan MGE Production Sdn. Bhd

Tonton

Pelakon

Antara pelakon yang membintangi filem ini seperti Shariff Zero, Saiful Tiro, Danial Zaini, Siti Khatijah Abdul Halim, Man Raja Lawak, Sugeeta Chandran, Saiful Apek, Yassin Senario, Adilia Hilda, Erin CTJ dan ramai lagi.

- advertisement -

Watak Lakonan

  • Shariff Zero sebagai Tariq
  • Syaiful Zero sebagai Ali
  • Saiful Apek sebagai Tuan Sidek
  • Man Raja Lawak sebagai Rahim
  • Siti Khadijah Halim sebagai Ana
  • Sugeeta Chandran sebagai Aisyah
  • Danial Zaini sebagai Usop
  • Yassin Senario sebagai Tok Bomoh
  • Erin CTJ sebagai Neng

OST Filem

Tajuk Lagu : Kaki Auta
Nyanyian : Saiful Apek & Danial Zaini
Komposer : Merpati Biru
Penulis Lirik : Waami

Sinopsis Filem Hantu Tenggek

Filem Hantu Tenggek mengisahkan tentang ‘con-artist’ yang diketuai oleh Tariq yang menipu orang ramai dengan kebolehan menangkap hantu dengan menggunakan teknologi rekaan sendiri. Tindak-tanduk mereka telah dapat dihidu oleh seorang pemaju hartanah yang bernama Tuan Sidek juga merupakan mangsa penipuan mereka.

Tuan Sidek mengugut untuk menyerahkan mereka kepada pihak polis sekiranya mereka enggan menuruti perintahnya. Tuan Sidek ingin membeli sebuah bangunan lama kolej seni tari yang pada firasatnya tanah tersebut mempunyai masa hadapan yang cerah untuk dibangunkan.

Pada masa yang sama, pesaingnya, Rahim turut berminat untuk membeli bangunan yang sama. Apabila penipuan Tariq dan rakan-rakannya dapat dihidu oleh Tuan Sidek, mereka tidak mempunyai pilihan selain daripada menuruti kemahuannya.

Mereka diarahkan untuk menakut-nakutkan Rahim dan konco-konconya supaya dia membatalkan niat untuk membeli bangunan tersebut. Tariq dan rakan-rakan bersetuju. Misi menghalau Rahim berjaya tetapi Tariq dan rakan-rakannya terperangkap dengan HANTU TENGGEK yang betul-betul berada di dalam bangunan tersebut.

Hantu Tenggek itu mengganggu Tariq dan rakan-rakannya dan dia mahu mereka tolong melunaskan hajatnya sebelum dia meninggalkan tempat tersebut.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here