- advertisement -

Astro kembali lagi dengan sebuah filem melayu tempatan dengan genre seram komedi berjudul Hantu Mok Joh yang akan menemui penonton di pawagam rumah anda di Astro First mulai 17 Februari 2022.

Baik filem atau drama yang mengetengahkan dialek Kelantan kini sepertinya mendapat sambutan yang baik daripada penonton seperti sebelum ini ada filem Mael Totey, Pok Ya Cong Codei dan yang terbaru daripada 4 Abdul 1 Mohd dan kali ini menerusi Hantu Mok Joh ini.

Tayangan : Astro First 480
Pengarah : Asri Baq’U Tajudin
Idea Asal : Asri Baq’U Tajudin
Penulis Skrip : Engku Seri Kelantan & Aloy Paradoks
Produksi : Kentang Hijau Universal Production

hantu mok joh

Barisan Pelakon

Filem Hantu Mok Joh menampilkan pelakon berbakat tanah air seperti Amerul Affendi, Fauziah Nawi, Aloy Paradoks, Aprena Manrose, Kamarool Hj. Yusoff, Hushairi Husain, Asrulfaizal, Pak Duan, Amir Raja Lawak, Mek Yun dan ramai lagi.

- advertisement -

Waktu Lakonan

  • Fauziah Nawi sebagai Mok Joh
  • Amerul Affendi sebagai Yem
  • Aloy Paradoks sebagai Heri
  • Aprena Manrose sebagai Dek Na
  • Kamarool Hj. Yusoff sebagai Pok Nik
  • Hushairi Husain sebagai Cikgu Wan
  • Asrulfaizal sebagai Peli Ayam
  • Pak Duan sebagai Pak Duan
  • Amir Raja Lawak sebagai Joe Bidin
  • Mek Yun sebagai Stawa Li

Sinopsis Filem Hantu Mok Joh

Filem Hantu Mok Joh bermula apabila pelbagai andaian mula muncul rentetan dari kehilangan Mok Joh yang dikatakan mati kerana melanggar sumpah Saka Mak Yong yang dipeliharanya. Namun yang menjadi misteri ialah, sehingga kini jenazah Mok Joh masih belum ditemui.

Penduduk kampung mula diganggu makhluk yang dikatakan sebagai hantu Mok Joh. Kedai Kopi Pok Heng yang selama ini kekurangan pelanggan, kini menjadi ruang para penduduk membincangkan isu panas tersebut.

Yem yang mendapat khabar tentang berita kehilangan ibu saudaranya itu segera berangkat pulang dari Kuala Lumpur ke Kelantan untuk mencari cerita yang sebenar.

  • hantu mok joh
  • hantu mok joh

Waktu Tayangan

Jadi jangan lupa untuk saksikan filem Hantu Mok Joh yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First saluran 480 bermula 17 Februari ini.

Anda boleh langgan dan strim di Astro GO dan On Demand dengan harga RM15 disini untuk menonton selama 48 jam secara berulang-ulang

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here