- advertisement -

Astro bawakan sebuah lagi filem seram komedi berjudul Hantu Kuat Ketawa yang bakal bersiaran bermula 27 Januari 2022 menerusi pawagam rumah anda di Astro First.

Filem ini merupakan filem kedua bagi pengarah baru dan juga penyanyi terkenal Asmawi Ani yang dikenali sebagai Mawi World selepas karya pertama beliau bertajuk Tiada Tajuk.

Kali ini Mawi kembali pula dengan sebuah naskhah yang menfokuskan isu serta menyampaikan mesej tentang isu pelaburan, scammer dan kelalaian manusia yang semua akan dipaparkan dalam filem ini.

Tayangan : Astro First
Pengarah : Mawi
Penulis Skrip : Mawi
Produksi : Al Najwa Productions dan Mawi World Entertainment
Pelakon : Saiful Apek, Syanie Hisham, Along Cham, Zarina Anjoulie, Anas Tahir, Mawi, Johan As’ari, Imam Muda Aysraf, Azhar AF, Kefli AF, Deen Maidin, Ustaz Zulkifli Hamat dan ramai lagi

- advertisement -
  • Saiful Apek sebagai Amirul
  • Syanie Hashim sebagai Aminah
  • Zarina Anjoulie sebagai Datin Nilam
  • Along Cham sebagai Dato Nizam
hantu kuat ketawa

Sinopsis Telefilem Hantu Kuat Ketawa

Filem Hantu Kuat Ketawa mengisahkan empat scammer yang dikenali ‘Engkau Scammer’ iaitu Amirul, Aminah, Datin Nilam dan Dato Nizam cuba melarikan diri serta bersembunyi di sebuah rumah inap di kawasan pendalaman.

Mereka sering mendengar suara ketawa dari rumah sebelah. Suara ketawa itu membuatkan mereka berasa seram. Banyak kejadian misteri berlaku sepanjang mereka berada di kediaman tersebut.

Paling ketara, mereka juga sering ketawa tanpa sebab. Misteri ketawa yang berlaku terus menjadi tanda tanya. Ia bukan sahaja menghantui mereka tetapi misteri kehilangan mereka satu persatu turut menjadi tanda tanya.

  • hantu kuat ketawa
  • hantu kuat ketawa

Waktu Tayangan

Jadi jangan lupa untuk saksikan filem Hantu Kuar Ketawa yang bersiaran bermula 27 Januari ini, hari Khamis menerusi Astro First 480 atau di Astro Go.

Anda boleh langgan atau sewa filem ini menerusi Astro First saluran 480 dengan harga RM15.00 untuk tontonan berulang-ulang selama 2 hari atau 48 jam.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here