Tahun 2022 nampaknya tayangkan filem tempatan akan dimulakan dengan sebuah filem aksi berjudul Gila Gusti yang akan menemui penonton bermula 17 Mac 2022 di seluruh pawagam di Malaysia.
Mungkin kita semua sudah biasa dengan sukan gusti WWF dan WWE sebelum ini dengan karakter The Rock, Undertaker, Triple H dan sebagainya. Ini pastinya menggamit rindu khusus bagi peminat wrestling.
BACA : Filem Tarantula X (Astro First)
Kali ini, akan dibawa khas versi Malaysia melalui filem Gila Gusti dimana bakal menampilkan ahli sukan gustri Malaysia sebenar yang mana nama mereka sudah menembusi arena antarabangsa sebelum ini.
Di Malaysia kita ada gadis genit berhijab yang menggunakan nama gelanggang Nor Phoenix Diana dan juga Ayez Shaukat Fonseka yang dikenali sebagai Undertaker Malaysia.
Pengkelasan : P13
Tayangan : Pawagam seluruh negara
Pengarah : Silver Chung
Produksi : APAC Wrestling & Lomo Pictures Sdn. Bhd.
Pelakon : Syafie Naswip, Aisar Khaled, Elizabeth Tan, Ayez Shaukat, Nor Phoenix Diana, Gotham, Pekin Ibrahim, Aisar Khaled, Dato’ Jalaluddin Hassan, Nia Atasha dan ramai lagi
- Ayez Shaukat sebagai NAGA
- Syafie Naswip sebagai MAMAT
- Aisar Khaled sebagai ZUL
- Elizabeth Tan sebagai JULIA
- Gotham sebagai BIG BEAR
- Pekin Ibrahim sebagai JIGGY
- Nia Atasha sebagai SOLOZ
- Dato Jalaluddin Hassan sebagai TIGER RAJAH
Antara penampilan ahli gusti profesional seperti Serigala, J.Y.E, Poppy, Double K, Orion Black, Daryl Wong, Luna, Referee Zan dan ramai lagi.
Sinopsis Filem Gila Gusti
Filem Gila Gusti mengisahkan 2 orang sahabat iaitu Mamat dan Zul yang mana mereka obses terhadap gusti profesional dan pengikut fanatik ahli profesional terkenal ketika itu bernama Naga.
Pada satu hari, semasa menonton Naga dalam perlawanan gustri secara langsung, ahli gusti kegemarannya tersebut telah dikalahkan di depan mata mereka.
Akibatnya, pihak pengurusan tidak beranggapan Naga masih berguna untuk masa hadapan, jadinya mereka buat keputusan untuk lepaskan Naga. Disebabkan itu, Naga telah hilang motivasi dan membuat keputusan untuk berhenti dari sertai mana-mana acara gusti lagi.
Tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh Naga, Mamat dan Zul nekad untuk membantu idola mereka tersebut untuk kembali bersemangat bagi membantunya memenangi kejuaraan Asia Pasifik sekali lagi.
Waktu Tayangan
Jadi jangan terlepas untuk saksikan filem Gila Gusti yang akan mula ditayangkan di semua panggung wayang seluruh Malaysia bermula 17 Mac 2022.
Filem ini pada awalnya bakal ditayangkan pada tahun 2021, tetapi akibat PKP dan wabak Covid-19 ianya ditunda kepada Januari 2022.
Walaubagaimanapun, akibat bencana banjir yang berlaku baru-baru ini, menerusi perkongsian di twitter APAC Wrestling, filem Gila Gusti ditunda sekali lagi kepada tarikh baru iaitu 17 Mac 2022.