- advertisement -

Jangan lupa saksikan filem komedi romantik Gadis Jolobu The Movie yang akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 4 Ogos 2022. Jadi boleh dapatkan tiket wayang anda sekarang.

Tayangan : Pawagam
Tarikh : 4 Ogos 2022 (Khamis)
Penulis Skrip : Bobo Ikmal dan CL Hor
Pengarah : CL Hor
Produksi : Tremendous Entertainment & Zebra Studio Sdn. Bhd.

Pelakon

Antara pelakon yang membintangi filem ini seperti Datuk Hattan, Ahirine Ahirudin, Joey Daud, Khir Rahman, Adam E, Nizam Laksamana, Namie Smy dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Datuk Hattan sebagai Atan
  • Ahirine sebagai Jijah
  • Joey Daud sebagai Ajoi
  • Khir Rahman sebagai Acong

Sinopsis Filem Gadis Jolobu The Movie

Filem Gadis Jolobu The Movie mengisahkan tentang 3 sekawan bujang terlajak yang telah berkawan sejak mereka kecil lagi iaitu Atan, Acong dan Ajoi, dalam usaha untuk mencari jodoh masing-masing di kampung halaman mereka.

- advertisement -

Mereka percaya kononya lambat berkahwin kerana lambat sunat ketika di waktu masa kecil. Disebabkan itulah kini mereka berusaha untuk cari jodoh mereka walaupun menghadapi pelbagai dugaan.

Biarpun menjadi bujang terlajak, namun ketiga-tiga pemuda tersebut sudah pun mempunyai pilihan hati masing-masing iaitu anak gadis dari kampung yang sama iaitu Jijah, Milah dan Ain. Tetapi adakah akhirnya mereka akan berkahwin?

Filem ini turut menggunakan dialek Negeri Sembilan dan juga mengetengahkan beberapa elemen ‘adat pepatih’ dan keunikan budaya Minangkabau masyarakat setempat di negeri tersebut.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here