- advertisement -

Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Filem franchise lumba kereta, Fast & Furios akan tamat pada filem ke-11.

Filem terbaru kini adalah F9 yang bakal ditayangkan pada tahun 2021 kelak. Jadi terdapat 2 lagi filem iaitu filem ke-10 dan filem ke-11. Perkara ini diumumkan oleh Variety dan juga dikongsikan oleh syarikat panggung wayang tempatan, GSC di dalam perkongsian di laman facebook mereka.

BACABerita Baik! Justice League Snyder Cut Akan Ditayangkan Di Malaysia Melalui HBO GO

Dalam pengumuman itu juga, baki lagi 2 filem tersebut masih menggunakan pengarah yang sama seperti F9 iaitu Justin Lin. Mengikut pengalaman, beliau juga sebelum ini pernah mengarahkan Fast & Furious, Fast Five, Fast & Furious 6 dan juga yang terbaru F9.

- advertisement -

Tetapi hanya filem original Fast & Furious sahaja akan tamat manakala bagi filem dimensi lain (spin-off) mungkin masih diteruskan. Sebagai contoh sebelum ini adalah filem Fast and Furious Presents: Hobbs and Shaw dan juga siri animasi Netflix, Fast and Furious Spy Racers.

Filem Fast And Furious Akan Tamat Pada Filem Ke-11
Filem Fast And Furious Akan Tamat Pada Filem Ke-11

Bila ianya akan ditayangkan masih tiada berita sahih disampaikan.

Itulah filem Fast & Furious yang bermula dengan perlumbaan kereta haram sehingga ke filem fiction dan katanya F9 akan terbang ke angkasa lepas. 

Selepas ini, mungkin kita tidak lagi dapat lihat sebuah keluarga yang bekerja sebagai sebuah kumpulan bagi menghapuskan penjahat dengan kereta berkuasa tinggi lagi. Tiadalah Dom, Letty, Roman, Tej, Mia dan Han selepas ni. 

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here