- advertisement -

Jangan lupa saksikan filem aksi Duan Nago Bogho yang akan menemui penonton semua serntak di pawagam seluruh Malaysia mulai 19 Januari 2023 (Khamis) hingga seterusnya. Anda boleh dapatkan tiket wayang sekarang untuk menonton filem ini.

Tayangan : Pawagam
Tarikh : 19 Januari 2023 (Mulai Khamis)
Penulis Skrip : Sabri Yunus
Pengarah : Sabri Yunus
Produksi : Kalamariff Holdings Sdn. Bhd.

Tonton

Pelakon

Antara pelakon yang membintangi filem Duan Nago Bogho ini seperti Asrul Faizal, Jojo Goh, Saidi Sabri, Sabri Yunus, Datuk Rosyam Nor, Aye Hushairi, Angeline Tan, Jason Chong, Sangeeta Krishnasamy, Issey Fazlisham, Pokku Redang dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Asrul Faizal sebagai Duan
  • Jojo Goh sebagai Nancy
  • Saidi Sabri sebagai Awi
  • Sabri Yunus sebagai Pok Su Ki
  • Datuk Rosyam Nor sebagai Fendi BB
  • Aye Hushairi sebagai Nulik
  • Angeline Tan sebagai Nynya Ang
  • Sangeeta Krishnasamy sebagai Salmi
  • Issey Fazlisham sebagai Din JKKN (Peran Muda)

Sinopsis Filem Duan Nagho Bogho

Filem Duan Nago Bogho ini berkisarkan tentang kisah seorang anak seni tradisional Kelantan Mak Yong bernama Duan yang juga pemain peran Mak Yong yang mempunyai dua personaliti. Dia yang mencintai seni tradisional juga dalam masa yang sama sangat suka bergaduh.

- advertisement -

Kisahnya bermula apabila Duan diminta oleh ayahnya meninggalkan kampung dan mencari kerja lain susulan daripada pergaduhan yang tercetus antara dia dan penonton Mak Yong yang menggangu sewaktu dia sedang membuat persembahan.

Duan membuat keputusan untuk ke Kuala Lumpur selepas diajak oleh rakannya bernama Awi untuk tinggal bersamanya. Awi memberitahu Kuala Lumpur memberikan peluang yang lebih luas dalam bidang seni, termasuklah Mak Yong. Awi adalah pekerja seni yang cuba membawa seni Kelantan ke arah yang lebih luas dan maju.

Selain itu, tugas Duan adalah untuk membantu Nancy, anak kepada Jimmy Ang iaitu seorang lelaki cina keturunan Kelantan sehingga membawa konflik dalam hidup Duan.


- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here