Jangan lupa saksikan filem aksi Coast Guard Malaysia: Ops Helang yang akan menemui penonton serentak di pawagam seluruh Malaysia mulai 2 Februari 2023 (Khamis) hingga seterusnya.
Anda kini boleh dapatkan tiket wayang sekarang untuk menonton filem ini.
Tayangan : Pawagam
Tarikh : 2 Februari 2023 (Mulai Khamis)
Penulis Skrip : Jason Chong
Pengarah : Allahyarham Pitt Hanif
Produksi : Arie Zaharie Production & Flying Deal
Pelakon
Antara pelakon yang membintangi filem ini seperti Saharul Ridzwan, Adlin Aman Ramlie, Julia Farhana, Jaja Illiyes, Sabri Yunus, Hazama, Dato’ Fizz Fairuz, Aziz M. Osman, Wanna Ali, Sherry Merlis, Akmal Ahmad, Ayie Kusyairie, Kodi Rasheed, Komeng, Trisha Ooi dan ramai lagi
Watak Lakonan
- Saharul Ridzwan sebagai Leftenan Maritim Hafiz
- Adlin Aman Ramlee sebagai Samat
- Julia Farhana Marin sebagai Leftenan Maritim Melati
- Hazama Azmi Hazama sebagai Kadok
- Sabri Yunus sebagai Pak Am
- Aziz M Osman sebagai Rahmat
- Sherie Merlis sebagai Khatijah
- Wanna Ali sebagai Nadia
OST Filem
Lagu Tema : Yes Sir
Penyanyi : Zamani & Ariff Peter
Komposer : Pown Hasril dan Jack Fafni
Penulis Lirik : Ariff Peter, Pown Hasril, Otromen dan Nass
Sinopsis Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang
Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang mengisahkan tentang kehidupan Pegawai Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat APMM iaitu Leftenan Maritim Hafiz yang ingin memulakan kehidupan baharu di sebuah pulau selepas mengalami Gangguan Stress Pasca Trauma (PTSD) akibat kehilangan rakan setugasnya dalam sebuah misi operasi.
Namun, ketika majlis pertunangan Hafiz dan Nurul, sekumpulan penjenayah yang tidak dikenali menyerang dan menculik Hafiz, Nurul dan ibu bapa serta beberapa tetamu lain termasuk beberapa Anggota APMM untuk dijadikan tebusan.
Pegawai Penyiasat APMM daripada Bahagian Siasatan Jenayah Maritim, Leftenan Maritim Melati ditugaskan untuk menyiasat kes tersebut.
Krisis terus meruncing apabila kumpulan penjenayah berterusan mencabar Hafiz dan APMM, lalu satu operasi besar-besaran diaktifkan sehingga kumpulan penjenayah terbabit tumpas.



