Filem Astro pertama yang disiarkan pada Aidilfitri kali ini ialah bertajuk Bunga Dan Kayu yang mana ianya akan ditayangkan pada 3 Mei 2022 di Pawagam Rumah Anda, Astro First.
Telefilem romantik komedi ini merupakan arahan daripada pengarah yang tidak asing lagi Wann Hafiz yang diterbitkan oleh Infinitus Gold daripada idea asal team itu sendiri bersama Ashraf Modee Zain.
Tayangan : Astro First 480
Pengarah : Wann Hafiz
Idea Asal : Infinitus Film & Ashraf Modee Zain
Penulis Skrip : Fairul Nizam Ablah
Produksi : Infinitus Gold Sdn. Bhd.


Pelakon
Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem ini ialah MK K-Clique, Azira Syafinaz, Zalif Zidek, Kazar Saisi, Azad Jasmin, Elly Arifin, Yazmin Aziz dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- MK K-Clique sebagai Noah
- Azira Syafinaz sebagai Bunga
Sinopsis Filem Filem Bunga Dan Kayu
Telefilem Bunga Dan Kayu mengisahkan tentang Bunga iaitu seorang wanita yang bekerja di sebuah hotel mempunyai impian untuk menjadi pelakon. Akan tetapi impiannya tersebut tidak disokong oleh bapanya dan membantahnya untuk mengejar impiannya tersebut.
Bunga telah pergi ke satu ujibakat mencari pelakon di Kuala Lumpur tanpa pengetahuan ayahnya. Selepas selesai urusan tersebut, dia bergegas pulang dan dalam perjalanan dia telah mengalami kemalangan kereta dan bertengkar dengan seorang lelaki bernama Noah.
Pada suatu hari, Bunga ditugaskan oleh bosnya untuk melayan sendiri seorang tetamu VIP sepanjang beliau berada di hotel tempat kerjanya tersebut. Ternyata tetamu VIP tersebut ialah Noah iaitu seorang pelakon terkenal yang bermasalah.
Penceritaan bermula apabila Noah yang sengaja memilih Bunga sebagai kekasihnya atas sebab tertentu dan tidak munasabah. Disebabkan dia tahun Bunga menyimpan impian untuk menjadi pelakon, dia telah menawarkan peluang kepada Bunga.
Disebabkan itu, ianya bakal mengundang 1001 bencana yang mana bukan hanya pada Bunga tetapi pada Noah juga.
Waktu Tayangan
Untuk ketahui kesudahannya, jangan lupa untuk saksikan filem Bunga Dan Kayu bermula 3 Mei ini menerusi Pawagam Rumah Anda, Astro First.
Anda boleh langgan di saluran 480 atau secara On Demand dan Astro Go dengan harga RM15.00 untuk tempoh 48 jam dengan tontonan secara berulang-ulang.