Filem aksi Bulan Dan Pria Terhebat kini akan mula bersambung tayangan bermula 11 Mac 2021. Filem ini pernah ditayangkan pada 12 Mac 2020 yang lalu di pawagam, tetapi disebabkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, ianya terpaksa ditangguhkan.
Kali ini mereka kembali, tetapi bukan kembali di panggung wayang tetapi kembali di panggung rumah anda iaitu melalui Astro First. Jadi anda boleh tonton filem ini bersama-sama dengan keluarga di rumah sahaja.
BACA : Saksikan Filem Selamat Hari X Jadi (Astro First)
Barisan Pelakon
Antara barisan pelakon yang membintangi filem ini ialaha Zahirah MacWilson, Zizan Razak, Bell Ngasri, Alif Hadi, Khir Rahman, Maya Karin, Sofia Dendroff, Aprena Manrose, Mimi Ernida, Sein Qudsi, Didie Alias dan ramai lagi


Penerbitan
Filem terbitan kerjasama antara Nizra Entertaiment, Astro dan Skop Productions ini diarahkan oleh pengarah hebat, Ghaz Abu Bakar yang juga bertindak sebagai penulis skrip. Beliau sebelum ini pernah mengarahkan Hantu Kapcai (2012) dan Polis ECO (2015)


Sinopsis Filem Bulan Dan Pria Terhebat
Filem Bulan Dan Pria Terhebat mengisahkan Bulan (Zahirah MacWilson), seorang pelatih di pasukan tentera khas Indonesia telah menyeludup masuk ke dalam sindiket pemerdagangan manusia untuk mencari adiknya, Melati (Aprena Manrose) yang diculik ke Malaysia untuk dijadikan gadis liburan.
Bulan bertemu Haris (Zizan Razak), seorang pemandu e-hailing yang sudi membantu Bulan. Namun, mereka kini berdepan bahaya apabila ketua sindiket itu Ricky (Sein Qudsi) dan pembantunya Agus (Khir Rahman) hantarkan Tony (Maya Karin), seorang pembunuh upahan untuk menghapuskan Bulan dan Haris. Apa yang akan berlaku?
Waktu Tayangan
Jangan lupa bermula 11 Mac 2021 ini, saksikan filem Bulan & Pria Terhebat di saluran Astro First 480. Anda boleh sewa dengan harga RM15 untuk 48 jam (2 hari). Anda juga boleh strim secara On Demand atau melalui aplikasi Astro Go.
Bulan dan pria terhebat full movie