Sesuailah dikala musim PKP dan berkurung di rumah ini. Manakan tidak, Netflix memberikan berita baik dimana mereka menjanjikan sekurang-kurang 1 filem setiap minggu bermula tahun 2021.
Di musim pandemik ini, bukan Malaysia sahaja tetapi seluruh dunia kini menghabiskan masa berada di rumah. Segala aktiviti lakukan di dalam rumah sama ada bersenam, bekerja apatah lagi menonton cerita atau filem.
BACA : Netflix Umumkan Alice In Borderland Akan Disambung Musim Kedua
Dengan berita baik daripada Netflix ini, pastinya memberikan khabar gembira kepada pelanggan Netflix yang terperap di dalam rumah. Manakan tidak, mereka menjanjikan sekurang-kurangnya 1 filem setiap minggu untuk tahun 2021. Jadi dalam setahun ada 52 minggu, tapi Netflix kini sudah ada senarai lebih 70 buah filem original Netflix tau.
Filem tersedia pun tak habis tengok, lepas ni ada lagi filem-filem baru masuk. Fuh…
Setiap Minggu Ada Filem Netflix Original
Dengan pengumuman ini juga, Netflix telah kongsikan sneak peak bagi filem-filem yang akan ditayangkan. Dalam video tersebut juga terdapat penampilan khas daripada Ryan Reynolds, Gal Gadot dan Dwayne Johnson (The Rock) yang mana mereka digabungkan dalam filem Red Notice.
Pelbaga genre yang akan disajikan untuk tontonan anda, ada thriller, komedi, superhero dan banyak lagi.
Melalui tayangan filem preview tahun 2021 itu, antara filem original netflix yang tersenarai adalah Army of the dead, Fear street 1, 2, 3, The woman in the window, Red noticeĀ , Thunder force, The harder they fall, Thunder force, Bruised Tick, tick… Boom! dan banyak lagi.
Nak tengok senarai filem yang bakal ditayangkan sepanjang tahun 2021 ini, anda boleh tengok senarai penuh dibawah ini.
Jadi jika berminat dengan semua filem ini, jangan lupa untuk melanggan Netflix Malaysia dengan harga serendah RM17 sebulan. Ataupun anda kongsi dengan rakan-rakan anda RM55 untuk 4 pengguna. Dah jimat kan.
Anda boleh saksikan secara on demand pada bila-bila masa sahaja. Ada filem, filem netflix original, siri, animasi, karton, filem melayu, drama melayu dan banyak lagi.