Astro akan bawakan sebuah filem berjudul Autumn In Wales yang akan disiarkan bermula 24 Mac 2022 hanya di Pawagam Rumah Anda, Astro First.
BACA : Filem Renjana Di Astro First
Selain daripada jalan cerita romantis yang disajikan hasil lakonan oleh pelakon-pelakon hebat yang menarik, anda juga dapat menikmati keindahan negara Wales sepanjang menonton filem romantik komedi ini.
Tayangan : Astro First 480
Pengarah : Rahila Ali
Penulis Skrip : Amirul Haswendy
Penerbit : Dato’ Normashayu Puteh
Produksi : Pencil Pictures & Records


Barisan Pelakon
Filem ini bakal mempertaruhkan gandingan selebriti terkenal seperti Eyka Farhana, Jaa Suzuran, Keith Foo, Wanna Ali, Joey Daud, Amyza Adnan, Sissy Iman, Fara Mendoza, Wanns Ahmad dan Amirul Haswendy.
Watak Lakonan
- Eyka Farhana sebagai Aira
- Jaa Suzuran sebagai Jaka (Jejaka Kacak)
- Keith Foo sebagai Darwish
- Wanna Ali sebagai Marissa
OST Filem
Lagu Tema : Pandu Lalu
Penyanyi : Wanna Ali
Penulis Lirik : Shazee Ishak & Audi Mok
Komposer : Shazee Ishak & Audi Mok
Sinopsis Filem Autumn In Wales
Filem Autumn In Wales mengisahkan tentang Aira iaitu seoran wanita muda yang cerdas dan manja menanti detik bahagia bersama tunangnya, Darwish. Namun begitu, Darwish tiba-tiba membatalkan pernikahan mereka tanpa alasan.
Disebabkan itu, Aira telah pergi ke Wales untuk membuat kejutan di tempat Darwish bekerja, tetapi kehadirannya tidak disambut olehnya.
Di sebuah kafe, pertengkaran mereka menarik perhatian orang ramai terutamanya Jaka si pencuci piring iaitu pemuda yang berasal dari pantai timur.
Dengan bantuan Jaka, Aira berjaya memenangkan kembali hati Darwish daripada kekasih barunya, Marissa. Banyak adegan kelakar sepanjang penceritaan filem ini.
Waktu Tayangan
Jadi untuk peminat filem tempatan, jangan lupa untuk saksikan Autumn In Wales (Menantu Mak Awak) yang akan mula ditayangkan pada 24 Mac 2022, hari Khamis hanya di Pawagam Rumah Anda, Astro First saluran 480.
Anda boleh sewa dengan harga RM15.00 untuk tempoh 48 jam dan boleh menonton secara berulang-ulang menerusi On Demand atau di Astro Go.