Jangan lupa saksikan filem Anak Rimau The Movie yang akan menemui penonton mulai 1 September 2022 di 68 pawagam serentak di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei. Anda boleh dapatkan tiket wayang sekarang.
Tayangan : Pawagam
Tarikh : Mulai 1 September 2022
Dihasilkan : Fadzil Manap
Pengarah : Areel Abu Bakar
Produksi : Keeklr Entertainment
Pelakon
Antara pelakon-pelakon yang membintangi filem ini seperti Beto Kusyairy, Azhan Rani, Idan Aedan, Kechikimi, Hanz Skelchy, Adam Corie, Taiyuddin Bakar, Mustakim Bahadon, Megat Sharizal dan ramai lagi.
Selain itu, terdapat juga beberapa penglibatan daripada pemain-pemain bola sepak Akademik Mokhtar Dahari (AMD) seperti Izz Qhuzaidie Mazni Alif Aiman Mohamad, Amil Haikal Rozmi, Nazwan Abdullah, Nur Qayyum Irfan Jamil, Airiel Zafran Mohd Azrul, Al Kausal Jarah, Shahmeer Rusli dan Adam Shauki Asmady.
Juga terdapat penampilan daripada anak saudara Sultan Pahang iaitu Wan Omar Daanyal Wan Ahmad Muadzam.
Watak Lakonan
- Beto Kusyairy sebagai Coach Zainal
- Idan Aedan sebagai Ariff
- Joey Timothy Low sebagai Tuck
- Wan Omar Daanyal sebagai Haziq
- Redzwan Adha sebagai Badrol
- Kechikimi sebagai Maro
- Hanz Skelchy sebagai Danish
OST Filem
Tajuk Lagu : Pentas Dunia
Penyanyi : Idan, Kechikimi, Hanz Daniel, Wan Omar Daanyal, Joey Law & Hakeem
Komposer : Bajai
Lirik : Amylea Azizan
Sinopsis Filem Anak Rimau The Movie
Filem Anak Rimau The Movie mengisahkan tentang sekumpulan anak muda berbakat tinggi dalam dunia bola sepak yang terdiri daripada pelbagai kaum ketika menyertai Akademik Bola Sepak Malaysia (Anak Rimau Academy).
Mereka mengharungi pelbagai cabaran sebagai individu dan berpasukan ketika menghadapi fasa baru dalam dunia bola sepak. Pemain perlu menentang cabaran peribadi dan halangan pasukan, sebelum berfikir mengenai kemenangan.
Keazaman dan ketabahan pemain diuji menerusi kerjasama, isu keluarga, halangan hidup dan perlumbaan untuk menjadi yang terbaik demi memenangi Piala Jemputan Bola Sepak Belia ASEAN.
Selain itu, filem ini juga menekankan kebaikan akan sentiasa datang kepada mereka yang bermain dan berani berpegang kepada kebaikan dalam diri dan orang lain seperti slogan Anak Rimau The Movie, ‘bola itu bulat’