- advertisement -

Pasti ramai yang tertunggu-tunggu filem ini ditayangkan. Akhirnya secara rasmi, filem Ada Hantu akan mula dimainkan di platform penstriman Disney+ Hotstar pada 13 Ogos 2021.

BACA : Tonton Drama Wifi Sebelah Rumah Di Disney+ Hotstar

Filem pertama arahan Hairul Azreen ini menampilkan barisan pelakon seperti Zahiril Adzim, Shiqin Kamal, Elvina Chua dan Nafiez Zaidi.

Tayangan : Disney+ Hotstar
Pengarah : Hairul Azreen
Penerbit : Adrian Teh & Lim Teck
Cerita Asal : Adrian Teh
Produksi : Act 2 Pictures Sdn. Bhd.
Pelakon : Zahirul Adzim, Shiqin Kamal, Hairul Azreen, Nafiez Zaidi, Elvina Chua dan ramai lagi

- advertisement -
  • Zahiril Adzim sebagai ALIFF
  • Shiqin Kamal sebagai BARIAH
  • Hairul Azreen sebagai TALHA
  • Elvina sebagai SASHA
  • Nafiez Zaidi sebagai JIMMY
Poster Ada Hantu

Sinopsis filem Ada Hantu

Filem Ada Hantu mengisahkan Aliff, seorang Youtuber atau ‘content creator‘ yang tidak percaya kepada hantu langsung.

Pada satu hari, beliau mencabar rakannya untuk bermalam di sebuah rumah lama tinggalan tentera Jepun semasa zaman Perang Dunia kedua dahulu.

Aliff mengajak rakan-rakannya kerana ingin membuktikan hantu semua ini tidak wujud di alam dunia.

Ketika malam menjelang, Aliff sedari rakan-rakannya hilang dan barulah mereka sedari bawah rumah tersebut berhantu.

Waktu tayangan

Jangan lupa untuk saksikan filem Ada Hantu bermula 13 Ogos ini di Disney+ Hotstar. Anda boleh langgan terus menerusi laman web www.hotstar.com/my atau di aplikasi Disney+ Hotstar di Android atau iOS dengan harga RM54.90 untuk 3 bulan

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here