- advertisement -

Jangan lupa saksikan filem seram Ada Hantu 2 yang kali ini akan menemui penonton serentak di pawagam seluruh Malaysia mulai 15 September 2022. Anda boleh dapatkan tiket wayang sekarang bagi menonton filem ini.

Ada Hantu 2 merupakan sambungan daripada Ada Hantu sebelum ini yang mana ianya telah mendapat sambutan yang menggalakkan apabila ditayangkan di platform penstriman Disney+ Hotstar. Kini kembali tetapi di pawagam

Tayangan : Pawagam
Tarikh : Mulai 15 September 2022
Lakon Layar : Adrian Teh dan Amar Amir
Pengarah : Hairul Azreen
Produksi : Act 2 Pictures Sdn. Bhd.

Pelakon

Antara pelakon yang membintangi filem seram komedi ini seperti Zahiril Adzim, Shiqin Kamal, Hairul Azreen, Nafiez Zaidi, Elvina Chua, Sophia Albarakbah, Fify Azmi, Henley Hii, Theebaan G, Rubini Sambanthan, Dafi Ismail Sabri, Rubini Rubi dan ramai lagi.

- advertisement -

Watak Lakonan

  • Zahiril Adzim sebagai Aliff
  • Shiqin Kamal sebagai Bariah
  • Hairul Azreen sebagai Talha
  • Elvina Chua sebagai Sasha
  • Nafiez Zaidi sebagai Jimmy
  • Fify Azmi sebagai Anita
  • Sophia Albarakbah sebagai Farah
  • Theebaan G sebagai Suresh
  • Dafi sebagai Amir
  • Rubini Rubi sebagai Hana

Sinopsis Filem Ada Hantu 2

Filem Ada Hantu 2 kali ini masih mengisahkan tentang lima rakan iaitu Aliff, Bariah, Talha, Jimmy dan Sasha yang kembali semula ke banglo lama milik arwah nenek Bariah dan mereka dalam misi mencari hantu Jepun dan hantu Kimono yang muncul dalam mimpi Bariah.

Namun mereka lima sekawan itu menghadapi beberapa insiden huru-hara di banglo itu terutama apabila mereka menemui satu lagi pintu misteri yang berada di dalam bilik pembantu rumah.

Apa yang berlaku seterusnya akan membuatkan anda terkedu…

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here