Jangan lupa saksikan filem aksi komedi Abang Long Fadil 3 yang menemui penonton mulai 8 September 2022 serentak di pawagam seluruh Malaysia. Anda boleh dapatkan tiket wayang sekarang.
Tayangan : Pawagam
Tarikh : Mulai 8 September 2022
Lakon Layar : Syafiq Yusof, MF Kencana & Effindi K
Pengarah : Syafiq Yusof
Produksi : Skop Productions & Astro Shaw
Pelakon
Antara pelakon-pelakon yang membintangi filem ini seperti Zizan Razak, Johan, Elizabeth Tan, Maya Karin, Dato’ AC Mizal, Ozlynn Waty, Kazar Saisi, Khir Rahman, Shuib, Siraj Alsagoff, Joe Daud, Tania Hudson, Daniella Sya, Jay Iswazir, Wak Doyok, Hairul Azreen dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Zizan Razak sebagai Fadil
- Johan sebagai Chow Han
- Elizabeth Tan sebagai Alice
- Maya Karin sebagai Ejen Maya
- AC Mizal sebagai King Cobra
- Ozlynn Waty sebagai Ocy Lin
- Kazar Saisi sebagai Chief Kazar
- Khir Rahman sebagai Presiden Republik Nusantara
- Shuib Sepahtu sebagai Inspektor Shuib
OST Filem
Tajuk Lagi : Payung
Penyanyi : Zizan Rasak & Elizabeth Tan
Komposer : John Jeevasingham (Faithful Music), Firdaus Rahmat (World Peace Entertainment), Omar K (World Peace Entertainment)
Lirik : John Jeevasingham (Faithful Music), Firdaus Rahmat (World Peace Entertainment), Omar K (World Peace Entertainment), Ariz
Sinopsis Filem Abang Long Fadil 3
Filem Abang Long Fadil 3 mengisahkan tentang kehidupan Fadil yang mendapat tawaran daripada NSS (National Secret Service) untuk menjadi seorang spy, ejen atau perisik profesional dalam menjatuhkan kumpulan samseng terbesar SSO (Secret Society Organization) yang diketuai oleh Chow Han yang.
Chow Han bersama kumpulannya mempunyai niat jahat untuk menakluki negara Nusantara dan mengambil alih kerajaan daripada Presiden Republik Nusantara tersebut. Jadi Ejen Fadil bersama Ejen Alice bekerjasama untuk menumpaskan konspirasi jahat Chow Han tersebut.
Akan tetapi misi tersebut menjadi semakin rumit apabila bekas teman wanita Fadil iaitu Yana menggangu misi NSS tersebut sekali gus melambatkan misi yang telah ditetapkan oleh Chief Kazar.
Chow Han menyedari bahawa dia telah diintip oleh NSS, jadi dia menghantar seorang pembunuh Raja Cobra untuk menghapuskan Fadil dan Alice. Mampukah Fadil menyempurnakan misi menyelamatkan negara ini? Semuanya akan terjawab dalam Abang Long Fadil 3.