Akhirnya yang ditunggu-tunggu telah tiba, kali ni mesti jadi iaitu menerusi telefilem Epilog Aku Yang Kau Gelar Isteri yang akan bersiaran pada 22 Mei 2021 di TV3.

Ramai penonton yang telah saksikan drama Aku Yang Kau Gelar Isteri seperti tidak berpuas hari penamat drama tersebut sebelum ini. Sepertinya ada teka-teki yang belum dirungkai. Jadi dengan telefilem ini, akan menjawab segala persoalan anda tersebut.

Tayangan : TV3
Pengarah : Shuhaimi Lua
Penulis Skrip : Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil
Produksi : Tanah Beris Film Production Sdn. Bhd.

epilog aku yang kau gelar isteri

Barisan Pelakon

Telefilem Epilog Aku Yang Kau Gelar Isteri masih menggunakan barisan pelakon yang sama seperti Dato’ Adi Putra, Nadia Brian, Atiq Azman, Sharifah Sakinan, Lana Nordin, Aznah Hamid, Rosli Rahman Adam, Adik Fifi Laura, Adik Umar Zarif, Kuza dan ramai lagi.

Juga terdapat penampilan khas daripada Aidil Aziz dan Rita Rudaini.

Sinopsis Epilog Aku Yang Kau Gelar Isteri

Kesinambungan kepada drama bersiri ‘Aku Yang Kau Gelar Isteri’, Epilog Aku Yang Kau Gelar Isteri akan merungkai misteri atau teka-teki yang dipersoalkan oleh peminat drama ini.

Adakah Rai akan dijatuhkan hukuman kerana membunuh Pian? Adakah Azlan tidak dapat menuntut bahagiannya setelah apa yang telah berlaku? Adakah Embun akan menyeru Laila kembali?

  • epilog aku yang kau gelar isteri
  • epilog aku yang kau gelar isteri

Waktu Tayangan

Epilog : Aku Yang Kau Gelar Isteri akan bersiaran pada 22 Mei ini, hari Sabtu, jam 10.00 malam di TV3 atau saksikan secara online di Tonton. Bagi yang belum tonton drama sirinya lagi, boleh tonton di link Aku Yang Kau Gelar Isteri ini yang boleh ditonton secara percuma untuk 15 episod menerusi iQIYI.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here