Sebuah telefilem terbaru meruntun hati berjudul Adik Kakak akan menemui penonton pada 9 April 2022 menerusi slot Cerekarama di TV3.
BACA : Saksikan Drama Dear Cinta Di TV3 (Slot Cerekarama)
Buat kali pertama, adik beradik Fauziah (Kak Ogy) dan Fazlina Ahmad Daud digandingkan bersama dalam sebuah naskak sebagai pelakon atau peneraju utama disamping dengan seorang lagi nama besar iaitu Fauziah Nawi.
Tayangan : Cerekarama di TV3
Pengarah : Kyoll Hamzah
Idea Asal : Abu Marhalem Salleh
Penulis Skrip : Zarihah Hassan
Penerbit : Shahriz Taher & Kal Azhar
Terbitan : Switch On Entertainment Sdn. Bhd.


Barisan Pelakon
Antara pelakon yang terlibat dalam telefilem Adik Kakak ialah Fauziah Ahmad Daud, Fazlina Ahmad Daud, Fauziah Nawi, Hasnul Rahmat, Faye Kusairi, Lia Natalia dan ramai lagi
Watak Lakonan
- Fauziah Ahmad Daud sebagai Kakak Azizah
- Fazlina Ahmad Daud sebagai Adik Hanum
- Fauziah Nawi sebagai Maklong
Sinopsis Telefilem Adik Kakak
Telefilem Adik Kaka mengisahkan tentang pengorbanan seorang adik iaitu Hanum berumur 45 tahun yang sanggup menjaga kakaknya iaitu Azizah, 52 tahun yang dilahirkan dengan masalah ID (Intellectual Disorder) peringkat ‘moderate’.
Abang-abangnya tidak menghiraukan kakaknya lagi kerana keadaan sebegitu. Jadi Maklong mencadangkan kepada Adik untuk menghantar Kakak ke rumah penjagaan orang-orang cacat supaya lebih terjaga.
Waktu Bersiaran
Jadi jangan terlepas untuk saksikan telefilem Adik Kakak pada 9 April ini, hari Sabtu pada pukul 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3.
Selain itu, anda juga boleh strim secara online menerusi portal Tonton di tonton.com.my pada waktu yang sama secara percuma.