Akhirnya selepas hampir sebulan diperkenalkan, kini Disney+ Hotstar menayangkan drama Wifi Sebelah Rumah iaitu bermula 24 Jun 2021 yang boleh ditonton secara online.
Drama Wifi Sebelah Rumah ini buat pertama kali menggandingkan pelakon Ruhainies bersama Zul Ariffin di dalam sebuah drama bersiri dengan genre romantik komedi.
Episod : 16
Pengarah : Suhaimi Zulkifli
Penulis Skrip : Amin Shakib dan Azril Hamzah
Penerbit : Dato’ Sri Jaspal S. Korotana
Produksi : Orangetree Production Sdn. Bhd.
Pelakon : Zul Ariffin, Ruhainies, Anna Melissa, Asha Zainul, Fadlan Hazim, Faisal Chal Ahmad, Fazlina Ahmad Daud, Keith Foo, Nurin Afiqah, Ridzuan Hashim, Ziana Zain dan ramai lagi
- Zul Ariffin sebagai GHAZ
- Ruhainies sebagai MIRA
- Keith Foo sebagai FIZI
- Fadlan Hazim sebagai FENDI
- Ziana Zain sebagai ZETTY
- Asha Zainul sebagai ZANA
- Nurin Afiqah sebagai SHASHA
- Faisal Chal Ahmad sebagai HAJI DOLLAH
- Ridzuan Hashim sebagai UNCLE SAM


Sinopsis Drama Wifi Sebelah Rumah
Drama Wifi Sebelah Rumah mengisahkan Mira (Ruhainies) yang memberi password wifi rumahnya kepada Ghaz yang merupakan jirannya. Dalam pada itu, Ghaz menaruh harapan cinta kepada Mira, tetapi takut untuk meluahkannya.
Jadi pelbagai cabaran dan rintangan untuk mendapatkan cinta hati si Mira terutamanya halangan daripada ayahnya, Uncle Sam. Dapatkan Ghaz berkahwin dengan Mira akhirnya? Saksikan sehingga tamat.
Tayangan
Jadi drama Wifi Sebelah Rumah bermula tayangan pada 24 Jun 2021 untuk kesemua 16 episod. Anda boleh layari www.hotstar.com/my untuk menonton. Langgan dengan harga RM54.90 untuk 3 bulan dan terus menonton drama ini juga kandungan-kandungan lain.
Info yang menarik, Info lengkap: Wifi Sebelah Rumah