Perkhidmatan penstriman WeTV akan bawakan siri drama originals pertama mereka berjudul Villa Kristal yang akan mula bersiaran pada 4 Mac 2022 secara eksklusif hanya di WeTV Malaysia.
Sebuah drama siri arahan Kabir Bhatia dan Jason Chong ini bakal menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat seperti Mimi Lana, Tiz Zaqyah, Mawar Rashid dan Jasmine Suraya.
Episod : 13
Pengarah : Kabir Bhatia & Jason Chong
Penulis Skrip : Nor Hazlin Nor Salam
Penerbit : Christina Tan & Angie Choo
Produksi : WeTV dan Revolution Media


Barisan Pelakon
Drama Villa Kristal menampilkan pelakon-pelakon popular Malaysia seperti Mimi Lana, Mawar Rashid, Jasmine Suraya, Tiz Zaqyah, Tony Eusoff, Alvin Wong, Nazrief Nazri, Fadlan Hazim, Sherry Ibrahim, Maria Farida, Lee Yvonnez dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Mimi Lana sebagai HANI
- Mawar Rashid sebagai ROSE
- Jasmine Suraya sebagai ANGLE
- Tiz Zaqyah sebagai DIANA
- Tony Eusoff sebagai IDRIS
- Alvin Wong sebagai ROBIN
- Nazrief Nazri sebagai USTAZ ADIB
- Fadlan Hazim sebagai DETEKTIF ISA
Sinopsis Drama Villa Kristal
Drama Villa Kristal mengisahkan kehidupan Hani yang menyamar sebagai menantu seorang ahli politik untuk mencungkil rahsia, drama dan masalah rumah tangga madu-madu dan kekasih-kekasih rahsia VIP terkenal yang mendiami “Villa Kristal”.
Ianya sebuah kondominium eksklusif “Villa Kristal” didiami oleh golongan elit bersama-sama madu dan kekasih rahsia mereka.
Demi mencari bahan sensasi untuk novelnya, Hani, seorang novelis wannabe yang naif mendapat tahu bahawa isteri muda seorang Ustaz terkenal, Rose, merupakan seorang penghuni di sana.
Hani yang menyamar sebagai seorang menantu ahli politik dan cuba membongkar segala skandal, drama dan masalah rumahtangga Rose dan rakan-rakannya iaitu Angel dan Diana.
Melangkah ke dalam dunia “Wanita Nombor Dua”, Hani terjerumus ke dalam sebuah penyiasatan pembunuhan seorang jutawan hartanah, Idris, yang telah merubah kehidupannya bersama wanita-wanita lain di Villa Kristal.
Waktu Tayangan
Jadi jangan lupa untuk saksikan drama siri WeTV Originals, Villa Kristal mulai 4 Mac 2022, setiap hari Khamis dan Jumaat, pukul 8.00 malam secara ekslusif di platform penstriman WeTV Malaysia.
Anda boleh tonton secara percuma menerusi laman web wetv.vip atau melalui aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun di Play Store atau App Store.