- advertisement -

Drama Vila Ghazara akan menemui penonton bermula 23 Mac 2021 melalui slot Telenovel di TV3. Drama ini merupakan ulang siar dimana ianya pernah ditayangkan pada tahun 2018 juga di TV3. Ianya bagi menggantikan drama 60 episod, Dia.

Drama Vila Ghazara merupakan arahan Feroz Kader yang menceritakan mengenai konflik kekeluargaan yang dihadapai oleh sebuah keluarga elit lakonan Shukri Yahaya, Azira Shafinaz, Mustapha Kamal dan ramai lagi.

- advertisement -

Episod : 40
Tayangan : Telenovela TV3
Pengarah : Feroz Kader
Skrip : Zulkifli Ahmad dan Norimy Omar
Penerbit : Azlan Shah Jaffril
Terbitan : Excellent Pictures

vila ghazara

Barisan Pelakon Dan Watak

Antara barisan pelakon yang membintangi drama Vila Ghazara ini seperti Shukri Yahaya, Azira Shafinaz, Mustapha Kamal, Elly Mazlein, Haleeda, Aidil Aziz, Puteri Rafasya, Hafeez Mikail, Syed Aiman, Amirul Faqeem dan ramai lagi.

  • Shukri Yahaya sebagai Hariz
  • Azira Shafinaz sebagai Ariana
  • Mustapha Kamal sebagai Dr Ghazaly Baqri (Ghaz)
  • Haleeda sebagai Zaharah (Zara)
  • Aidil Aziz sebagai Adrian
  • Elly Mazlein sebagai Maria
  • Hafeez Mikail sebagai Dazrin
  • Syed Aiman sebagai Zarul
  • Amirul Faqeem sebagai Azrel

Sinopsis Drama Vila Ghazara

Drama Vila Ghazara menceritakan konflik kekeluargaan di dalam sebuah vila yang diberi nama Vila Ghazara hasil gabungan nama pemiliknya iaitu Dr. Ghazaly Baqri seorang doktor kosmetik yang juga ahli lembaga pengarah sebuah hospital swasta terkenal bersama isterinya iaitu Zaharah.

Kejayaan Dr. Ghaz sebagai seorang doktor kosmetik yang tersohor dan ahli perniagaan berjaya membuatkan dia sering mengongkong dalam menentukan arah tuju lima puteranya iaitu Zarul, Adrian, Hariz, Dazrin dan Azrel. Walau terlihat hebat dengan keluarga sempurna di mata ramai, selama lima tahun lamanya, Dr. Ghaz menyimpan rahsia bahawa sebenarnya dia mempunyai seorang isteri lain bernama Maria.

vila ghazara tv3

Kerana sikapnya yang mahukan kesempurnaan, dia mengatur kehidupan anak-anaknya tanpa memikirkan kemahuan atau minat tersendiri anak-anaknya. Tidak mahu hidupnya terus diatur, Hariz bertindak untuk meninggalkan Vila Ghazara. Apabila Hariz mengingkari arahannya, Dr. Ghaz terus menidakkan hak Hariz sebagai zuriatnya. Membawa diri selama 15 tahun, Hariz akhirnya pulang juga ke Villa Ghazara namun kepulangannya tetap tidak mengubah pandangan Dr. Ghaz terhadapnya. Bagi Dr. Ghaz, Hariz pulang tanpa sebarang kejayaan yang boleh dibanggakan berbanding anak-anaknya yang lain.

vila ghazara 2021

Seperti mana dia pernah merancang kehidupan anak-anaknya dulu, Dr Ghaz kini mula menyusun perancangan untuk cucu tunggalnya iaitu Alia (Puteri Rafasya) yang kini tinggal bersama mereka setelah anaknya, Adrian yang juga seorang juruterbang, diberhentikan kerja. Sejak dibuang kerja, Adrian dan isterinya, Sofea (Tunku Hanis) sering bertengkar dan mengabaikan Alia .

Dr. Ghaz kemudiannya mengupah Arianna (Azira Shafinaz) graduan bidang perguruan yang terdesak mencari pekerjaan untuk menjadi guru tuisyen dan mengajar Alia di rumah. Rupa-rupanya, Arianna dan Hariz saling mengenali. Hariz membenci Arianna kerana Arianna pernah menyebabkan Hariz terlepas penerbangannya ke London suatu ketika dahulu. Kerana itu juga, sepanjang Arianna berada di Villa Ghazara, mereka sering berselisih faham.

Apakah kesudahan konflik keluarga dalam Vila Ghazara ini? Adakah Dr. Ghaz akhirnya akan menerima dan berbangga dengan Hariz? Mungkinkah rasa benci di antara Arianna dan Hariz akan membibitkan rasa cinta?

vila ghazara

Waktu Siaran

Untuk tahun 2021, drama Vila Ghazara ini akan bersiaran setiap Isnin hingga Khamis jam 3 petang mulai 23 Mac 2021 melalui slot Telenovela TV3. Anda juga boleh tonton semula melalui Youtube TV3 Malaysia selepas selesai tayangan di TV atau klik pautan dibawah.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here