- advertisement -

Slot Qalbu kali ini diisi dengan sebuah drama terbaru tempatan 2021 bertajuk Ustazah Robotik yang menggantikan drama Dia Isteriku yang mula disiarkan pada 8 November 2021 di TV Alhijrah.

Ustazah Robotik merupakan sebuah drama terbitan Side Fx Sdn. Bhd. dengan Suhaimi Zulkefli bertindak sebagai pengarah bersama-sama barisan pelakon yang terkenal seperti Puteri Sarah, Zaki Azeman dan ramai lagi.

Episod : 13
Pengarah : Shuhaimi Zulkefli
Penulis Skrip : Ummu Hani Abu Hassan
Produksi : Side Fx Sdn. Bhd.
Pelakon : Puteri Sarah, Zaki Azeman, Maisara Sufia, Ameerul Asyraf, Kuza, Kartina Aziz,Khai Sabri, Esma Daniel, Zarina Zainuddin, Lan Zailan, Illey Mohtada, Fazreen Rafi dan ramai lagi

  • Puteri Sarah Liyana sebagai Asma
  • Zaki Azeman sebagai Muaz
  • Maisara Sufia sebagai Ilya
  • Ameerul Asyraf sebagai Miftah
  • Kuza sebagai Puan Tini
  • Kartina Aziz sebagai Nenek
  • Esma Daniel sebagai Dato Hamzah
  • Zarina Zainuddin sebagai Datin Sufinah
  • Lan Zailan sebagai Encik Farhan
ustazah robotik

Sinopsis Drama Ustazah Robotik

Ustazah Robot mengisahkan watak Asma yang minat terhadap permainan robot kerana telah mendapat pendedahan awal seusia kanak-kanak oleh ayahnya yang juga seorang jutera robot.

- advertisement -

Pada satu hari, ayahnya telah meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan dan dengan peristiwa itu menyebabkan minat Asma terhadap robot terhenti seketika tambahan lagi dengan perasaan kurang senang daripada ibunya sendiri terhadap robot.

Asma merasakan robot seolah-olah dapat menghubungkan hatinya dengan rindu terhadap arwah ayahnya dan pada akhinya ibunya akur dan mula mendorong minat Asma terhadap robot sehingga beliau berjaya menjadi seorang jurutera robotik.

Selepas kehidupan itu, Asma mula jatuh hati kepada bosnya sendiri, Muaz dan disebabkan kecekapan Asma berkaitan robot, ibu mentuanya mengelarkannya ‘Ustazah Robot’

cinta robotik

Waktu Bersiaran

Drama ini telah mula ditayangkan pada 8 November yang lalu. Ianya bersiaran setiap hari Isnin dan Selasa jam 6.00 petang di slot Qalbu TV Alhijrah, Astro 114, Unifi TV dan MyTV 114

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here