Slot Megadrama kali ini akan diisi oleh drama siri berjudul ‘Ulya Dini‘ bagi menggantikan Bunga Hati sebelum ini. Drama ini akan mula bersiaran pada 14 Februari 2022 menerusi saluran Astro Ria.
Sebuah drama bukan adaptasi ini bakal membawakan sebuah cerita yang mempunyai kisah cinta, keluarga dan persahabatan yang sarat dengan pengajaran disamping mengenai seseorang yang dibuli hanya kerana berbadan besar.
Drama arahan Tam Suhaimi bakal mengenengahkan dua pelakon muda yang sedang meningkat naik iaitu Hun Haqeem dan Shaza Bae yang diberi tanggungjawab sebagai pelakon atau peneraju utama dalam cerita ini.
Episod : 20
Tayangan : Slot Megadrama di Astro Ria
Pengarah : Tam Suhaimi
Produksi : Global Station Sdn. Bhd.


Pelakon
Antara pelakon yang membarisi drama ini ialah Shaza Bae, Hun Haqeem, Afiq Muiz, Fara Nadiah, Che Kem, Catriona Brian Ross, Noralbaniah, Syazlin Zainal dan ramai lagi
Watak
- Hun Haqeem sebagai Dini
- Shaza Bae sebagai Ulya
- Afiq Muiz sebagai Hamdan
- Fara Nadiah sebagai Najwa
- Catriona Ross sebagai Ummi Yana
- Syazlin Zainal sebagai Lin
- Che Kem sebagai Encik Zaim
- Noralbaniah sebagai Mak
OST Drama
Judul : Tiada Noktah
Penyanyi : Chubb-E
Lirik : Chubb-E
Komposer : Chubb-E
Sinopsis Drama Ulya Dini
Drama Ulya Dini mengisahkan watak Ulya yang dahulunya berbadan besar dan sering dibuli terutamanya oleh Lin iaitu anak kepada usahawan Kosmetik Umi Yana dan juga Dini iaitu abang kepada kawan baiknya, Hamdan.
Selepas kematian ayahnya, Ulya membuat keputusan untuk menyambung pengajian di luar negara iaitu di Amerika Syarikat. Di sanalah, hidupnya Ulya berubah kearah yang lebih baik apabila dia berjaya menurunkan berat badan dan menjadi life style influencer dengan lebih 80,000 followers seluruh dunia.
Selepas tamat pengajian Sarjana Muda, Ulya berpeluang menyambung pelajaran ke peringkat pengajian Siswazah tetapi dia terpaksa pulang ke Malaysia untuk menolong ibunya jual rumah mereka.
Walaupun Ulya berat hati kerana teringatkan ibunya yang kurang memberi perhatian kepada dia dan adiknya, Najwa, dia pulang juga ke Malaysia.
Ulya yang menghidapi bulimia terpaksa menghadapinya semula apabila berlaku satu insiden yang mencetuskan serangan panik selepas pertemuannya dengan Lin yang pernah membulinya dengan taruk yang akhirnya juga mempertemukan Ulya dengan Hamdan dan Dini.
Insiden itu juga memberi idea kepada Ulya untuk bantu Hamdan yang dulunya kurus kini sudah gemuk dan kembali ke gaya hidup sihat, memandangkan dia kini seorang influencer yang berjaya.
Kerana perasaan cemburu, tertekan serta dendam yang terpendam dalam hati masing-masing telah menyebabkan beberapa insiden dan konflik berlaku antara Ulya, Dini, Hamdan, Lin dan Najwa sekaligus merapatkan hubungan Ulya dan Dini.
Waktu Bersiaran
Jadi jangan lupa untuk saksikan drama Ulya Dini yang bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam menerusi slot Megadrama di Astro Ria 104 mulai 14 Februari ini.
Selain itu, untuk waktu yang lebih fleksibel, anda juga boleh saksikan secara On Demand atau menerusi Astro Go dan aplikasi mobile yang boleh dimuat turun di Play Store atau App Store.