- advertisement -

Selepas drama Oh My Hantaran, sebuah lagi drama romantik komedi bakal menemui penonton menerusi slot Diandra iaitu drama Tumpang Lalu Bang yang akan mula bersiaran pada 2 Februari 2022 di saluran TV9.

Drama arahan Eoon Shuhaini ini bakal menampilkan barisan pelakon popular tanah air seperti Tomok, Kilafairy, Black Hanifah, Raja Afiq, Ziana Zain dan ramai lagi.

Episod : 28
Pengarah : Eoon Shuhaini
Penulis Skrip : Wan Mahani
Produksi : Zamriez Golden Pictures Sdn. Bhd.
Pelakon : Tomok, Kilafairy, Black Hanifah, Afzan A. Rahman, Raja Afiq, Aidil Aziz, Qi Razali, Danial Dashuki, Ziana Zain dan ramai lagi.

  • Tomok sebagai Nizam
  • Kilafairy sebagai Sofiah
  • Aidil Aziz sebagai Sufian
  • Black Hanifah sebagai Sobri
  • Raja Afiq sebagai Syahrin
  • Afzan A. Rahman sebagai Syamil
  • Danial Dashui sebagai Shuib
  • Ziana Zain sebagai Emma (Ibu Sofiah)
tumpang lalu bang

OST Drama

Judul : Tumpang
Penyanyi : Tomok & Kilafairy
Komposer : Tomok & Rudy Nastia
Penerbit : Tomok & Rudy Nastia

- advertisement -

Sinopsis Drama Tumpang Lalu Bang

DRAMA TUMPANG LALU BANG mengisahkan Nizam yang jatuh cinta pada pandangan pertama dengan Sofiah. Sofiah tidak mengendahkan Nizam kerana dia berpegang kepada prinsipnya yang hanya akan melayan bakal imam yang cukup dan sempurna di matanya dan juga keluarganya.

Akhirnya Nizam berjaya memikat hati Sofiah dan di situlah bermulanya cabaran baharu untuk mendapatkan restu keluarga Sofiah.

Ibu bapa Sofiah tidak memandang pada harta tetapi mereka menetapkan syarat bahawa Nizam perlu mendapatkan restu daripada lima orang abang Sofiah iaitu Sufian, Sobri, Syahrin, Syamil dan Shuib. Tindakan abang-abang yang bersikap ‘overprotective’ tidak akan bagi jalan mudah kepada Nizam. 

Demi cinta, Nizam sanggup terima apa saja syarat yang dikenakan oleh keluarga Sofiah. Keadaan menjadi lebih rumit apabila ibu Sofiah, Emma menjadi ketua dalang yang bertujuan mahu menggagalkan semua cabaran Nizam.

Bagaimanakah Nizam dan Sofiah berhadapan dengan pelbagai cabaran yang diberikan? Berjayakah Nizam bertahan demi cintanya pada Sofiah?

  • tumpang lalu bang
  • tumpang lalu bang
  • tumpang lalu bang

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan drama Tumpang Lalu Bang yang akan bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis jam 8.30 malam menerusi slot Diandra di TV9 mulai 2 Februari ini.

Selain itu, drama ini juga akan ditayangkan di platform online Disney+ Hotstar dengan tayangan lebih awal daripada tayangan di tv. Anda boleh langgan dengan harga RM54.90 untuk 3 bulan.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here