Sebuah lagi drama melayu tempatan terbaru untuk tahun 2021 bertajuk ‘Tikam’ yang merupakan siri original Gempak yang ditayang di saluran Astro Ria bermula 3 November 2021.
BACA : Drama Ahli Bapak Bapak Club Di Astro Ria
Drama siri Tikam ini merupakan drama rantaian dengan genre jenayah yang membariskan barisan pelakon yang hebat seperti Ben Amir, Fahrin Ahmad, Intan Najuwa dan ramai lagi
Episod : 8
Pengarah : Michael Ang dan Hadith Omar
Penulis Skrip : Lemuel Ong, Akmal Nahar, Sham Hashim dan Rehal Nuharis
Penerbit : Michael Ang
Produksi : Juita Viden Sdn. Bhd.
Pelakon : Fahrin Ahmad, Ben Amir, Michael Ang, Ellyas Abdullah, Intan Najuwa, Yuna Rahim, Arwan, Jasmin Hamid, Josiah Lim dan ramai lagi
- Fahrin Ahmad sebagai SHAHROl
- Ben Amir sebagai NJ
- Michael Ang sebagai MIKE
- Ellyas Abdullah sebagai SAP
- Intan Najuwa sebagai AKMA
- Yuna Rahim sebagai IKA
- Arwan sebagai FARID
- Jasmin Hamid sebagai MADAM JOAN
- Josiah Lim sebagai ED


OST Drama
Tajuk : Berserah
Penyanyi : Killa Driz, Lastkalif ft. A-Kid, Sabbala
Lirik : Killa Driz, A-Kid, Sabbala
Producer : LastKhalif
Sinopsis Drama Tikam
Drama siri Tikam mengisahkan tentang satu kes pembunuhan yang berlaku di dalam sebuah pejabat. Dalam tempoh 24 jam, sekumpulan pekerja harus mencari dalang di sebalik pembunuhan tersebut.
Kegiatan songlap sekumpulan pekerja membuahkan hasil yang lumayan tapi siapa sangka ada pembelot dalam kumpulan, adakah nyawa melayang kerana kecewa atau ada yang main tikam belakang?
Agaknya siapakah pembunuh dan pembelot dalam kalangan mereka? Adakah Ika, Mike, Akma, Sap atau Ed?


Waktu Bersiaran
Jangan lupa untuk saksikan drama siri Tikam (Gempak Original Series) yang disiarkan setiap Rabu, jam 9.30 malam di Astro Ria bermula 3 November ini.
Anda juga boleh saksikan secara On Demand atau menerusi Astro Go untuk waktu yang flesible.