Jangan lupa saksikan drama baru Tiada Maaf Buatmu yang akan menemui penonton mulai 28 September 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10.00 malam di slot Megadrama Astro Ria 104 dan secara online di Astro Go.
Drama Tiada Maaf Buatmu yang menggantikan Ash Dan Aish merupakan adaptasi novel dengan judul ‘Maaf Saya Tak Sengaja’ yang ditulis oleh Akira Dorayaki terbitan pada tahun 2016.
Episod : 24
Tayangan : Slot Megadrama di Astro Ria 104
Waktu : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Azira Wahab dan Intan Zarina Mohd Yasin
Pengarah : Idora Abdul Rahman
Produksi : Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.
Pelakon
Antara pelakon-pelakon yang membintangi drama bersiri ini seperti Aiman Hakim Ridza, Zahirah Macwilson, Wan Raja, Hafreez Adam, Josiah Hogan, Datuk Jalaluddin Hassan, Zamarul Hisham, Wanns Ahmad, Ummar Dzariff, Watie Sadali, Sofia Dendroff dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Aiman Hakim sebagai Faiz Iqbal
- Zahirah Macwilson sebagai Aina Cempaka
- Wan Raja sebagai Burn
- Hafreez Adam sebagai Mohsin
- Josiah Hogan sebagai Rashid
- Datuk Jalaluddin Hassan sebagai Tan Seri Berahim
- Watie Sadali sebagai Puan Mariam
- Sofia Dendroff sebagai Suzy
Sinopsis Drama Tiada Maaf Buatmu
Drama Tiada Maaf Buatmu mengisahkan tentang seorang gadis bernama Aina Cempaka yang pernah menjadi mangsa serangan seksual lima tahun dahulu dimana disebabkan kegagalan abangnya dalam melangsaikan hutang dengan Black, seorang pemilik kelab malam.
Disebabkan kejadian itu, Aina Cempaka menjadi depresi selama berbulan-bulan. Dia berlari ke sebuah jambatan untuk melepaskan geram tetapi terjatuh ke bawah dan terhentak di permukaan batu.
Kehilangan Aina Cempaka menghasilkan khabar angin bahawa dia membunuh diri dan sudah meninggal. Tanpa pengetahuan sesiapa pun, Aina Cempaka sebenarnya koma dan keguguran. Dia juga hilang kesemua ingatannya.
Selepas kejadian itu, Aina Cempaka pergi ke Kuala Lumpur untuk memulakan kehidupan yang baharu dan tinggal bersama Suzy. Dia juga menerima tawaran untuk bekerja di Ibunda Corporation sebagai pembantu peribadi Faiz Iqbal.
Sejak itu, kerja-kerja Faiz Iqbal menjadi semakin terurus, membuatkan dia lebih bersemangat untuk ke pejabat. Lama-kelamaan, Faiz Iqbal menaruh hati kepadanya kerana dia berasa selamat apabila Aina Cempaka menjaganya memandangkan Aina Cempaka mempunyai perwatakan yang lasak dan ada ilmu mempertahankan diri.
Bukan itu sahaja, Aina Cempaka juga menjaga solatnya. Secara tidak langsung Faiz Iqbal semakin tertarik dengannya tanpa mengetahui hubungan kisah silam dan kaitan antara mereka berdua sebelum ini.
Siapakah Faiz Iqbal sebenarnya kepada Aina? Mampukah mereka bersama di sebalik sejarah hitam masing-masing? Nantikan jawapannya.





