Astro kembali lagi dengan sebuah drama siri terbaru bukan cliche berjudul Tetuan Ang & Rahimin yang bakal menemui penonton bermula 14 Februari 2022 di siaran Astro Ria bagi menggantikan 4 Abdul 1 Mohd.
Sebuah cerita yang mengisahkan tentang pekerjaan seorang peguam ini merupakan drama arahan adik-beradik Wan Hasliza dan Wan Alauddin dengan menampilkan gandingan utama Daiyan Trisha, Ben Amir dan Rashidi Ishak
Episod : 20
Pengarah : Wan Alauddin & Wan Hasliza
Idea Asal : Wan Hasliza Wan Zainuddin
Penulis Skrip : Wan Hasliza, Nuru Syahida, Rashidi Ishak, Johan Bahar & Keen
Penerbit : Wani Hasliza & Jamaludin Karim
Produksi : KL Motion Picture Sdn. Bhd.


Barisan Pelakon
Antara pelakon yang membintangi drama siri ini ialah Daiyan Trisha, Ben Amir, Rashidi Ishak, Anita Baharom, Shahril Sarjen, Nurkamelia Mustaffa, Hydar Hasanudin, Wan Ellyas, Muhammad Taufiq, Ieka Zulkifli, Anna Mellisa, Siti Hajar, Shukri Tahir, Adi Bear, Syahiera dan ramai lagi
Watak Lakonan
- Daiyan Trisha sebagai Budi
- Ben Amir sebagai Rahimin
- Rashidi Ishak sebagai Azlan Ang
- Anita Baharom sebagai Salmah (Kak Sal)
- Shahril Sarjen sebagai Maiman
- Nurkamelia Mustaffa sebagai Karina
- Ellyas Abdullah sebagai Shaukie
- Muhammad Taufiq sebagai Taufiq
- Ieka Zulkifli sebagai Datin Julie
Sinopsis Drama Tetuan Ang & Rahimin
Drama siri Tetuan Ang & Rahimin ini mengisahkan tentang sebuah firma guaman yang hampir mengalami kerugian apabila seorang ketua samseng mengupah mereka untuk melindungi operasi haramnya.
Selain itu, firm Tetuan Ang & Rahimin ini juga telah menerima seorang junior Lawyer bernama Budi yang sebelum ini tidak pernah melakukan aktiviti guaman di dalam mahkamah dan kali ini terpaksa melakukannya demi tanggungjawab.
Waktu Bersiaran
Jadi jangan terlepas untuk saksikan drama Tetuan Ang & Rahimin yang akan bersiaran setiap Isnin hingga Khamis jam 11.00 malam di Astro Ria 104 bermula 14 Februari ini.
Selain itu, untuk waktu yang fleksibel, anda boleh tonton secara On Demand atau menerusi Astro Go dan aplikasi mobile yang boleh dimuat turun di Play Store atau App Store.