- advertisement -

Penonton disajikan sekali lagi genre Psiko Thriller iaitu drama Terlerai Noktah yang akan bersiaran bermula 26 Ogos 2021 menerusi slot Samarinda TV3.

Sebelum ini dengan genre yang sama iaitu Misteri Mona yang seperti mendapat pujian dari penonton kerana jalan ceritanya. Adakah Terlerai Noktah kali ini akan menjejak langkah seperti drama sebelumnya lagi-lagi dengan kehadiran pelakon hebat seperti Nabila Huda.

- advertisement -
  • drama terlerai noktah
  • drama terlerai noktah

Episod : 9
Tayangan : Slot Samarinda TV3 & Disney+ Hotstar
Pengarah : Amor Rizan
Skrip : Amor Rizan, Ghufron Salim & Saiqa Askari
Produksi : Padi Pictures Sdn. Bhd.
Pelakon : Nabila Huda , Aidil Aziz , Watie Sadali , Hariz Hamdan, Atikah Suhaime, Raysha Rizrose, Ainul Aishah, Duerra Mitilda dan ramai lagi

  • Nabila Huda sebagai Zaira
  • Aidil Aziz sebagai Doktor Rudi
  • Watie Sadali sebagai Laila
  • Hariz Hamdan sebagai Fariz
  • Atikah Suhaime sebagai Rania
  • Raysha Rizrose sebagai Jasmine
  • Ainul Aishah sebagai Hani
  • Duerra Mitilda sebagai Zaira

Sinopsis Drama Terlerai Noktah

Drama Terlerai Noktah mengisahkan Zaira (Nabila Huda) yang terpisah dengan adiknya Hani (Ainul Aishah) sejak 20 tahun yang lalu. Selepas 20 tahun, polis menjumpai Hani dalam keadaan terikat di sebelah bayi dan mayat suami Hani yang dibakar mukanya.

Hani disahkan menghidap PTSD dan Amnesia, malah terdapat satu nota yang meminta Hani di hantar ke hospital jiwa milik suami Zaira; Dr Rudi. Namun Hani tidak mengaku bahawa Zaira adalah kakak kandungnya.

Kehadiran jururawat baru bernama Jasmine (Raysha Rizrose) pula menimbulkan ketidakpuasan hati pada ketua jururawat di situ; Rania (Atikah Suhaimie) yang mempunyai rahsia yang disembunyikan.

drama terlerai noktah

Waktu Siaran

Drama Terlerai Noktah akan bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di slot Samarinda TV3 bermula 26 Ogos ini.

Bagi yang terlepas atau ingin tonton semula, anda boleh saksikan dan strim secara online menerusi Disney+ Hotstar sejurus selepas habis tayangan di tv.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here