TV3 telah ulang siar semula drama Terima Aku Seadanya yang kini sedang ditayangkan di TV. Drama ini pada awalnya telah dimainkan di TV3 pada tahun 2019 yang rata-ratanya mendapat komen yang positif daripada penonton.
Drama Terima Aku Seadanya sedikit unik daripada drama-drama lain kerana pihak produksi berjaya mencipta satu watak dengan keadaan fizikal yang berlainan iaitu fizikal normal dan juga fizikal yang sedikit chubby iaitu pada awal cerita ini.
Episod : 20
Tayangan : TV3
Pengarah : Eoon Shuhaini
Penulis Skrip :
Penerbit : Juliana Foo
Produksi :
Pelakon : Puteri Aishah, Nazim Othman, Daler Yusuf, Juliana Farhana Marin, Ryzal Jaafar, Khaty Azian, Jesse Lim, Ranjeetha, Natasha Eliza, Jibob dan ramai lagi.
- Puteri Aishah sebagai KAMELIA
- Nazim Othman sebagai IRFAN
- Daler Yusuf sebagai EDRY
- Juliana Farhana Marin sebagai SAHARA
- Ryzal Jaafar sebagai ALIF
- Khaty Azian sebagai DATIN FATTY
- Jesse Lim sebagai MR. ALEX
- Ranjeetha sebagai HENNA


Sinopsis Drama Terima Aku Seadanya
Drama Terima Aku Seadanya mengisahkan Kamelia, yang terdesak untuk menurunkan berat badannya setiap kali dia teringatkan kekasihnya, Edry yang bermain kayu tiga dengan adik tirinya, Sahara. Adik tirinya itu lebih jelita berbanding dengan tubuhnya yang semakin gempal.
Kamelia mula mengambil pelbagai produk untuk kurus tanpa mempedulikan kesan sampingannya. Setelah gagal mencapai hasil yang diingini, Kamelia menyertai program khas di sebuah gimnasium. Berlaku satu insiden yang hampir menyebabkan nyawanya Kamelia terancam akibat pengambilan pil kurus yang berlebihan yang akhirnya mempertemukan Kamelia dan Irfan.
Irfan adalah pemilik gimnasium tersebut yang turut diusahakan bersama-sama sahabat baiknya, Alif. Tetapi dalam diam, Alif rupa-rupanya menyimpan dendam terhadap Irfan. Tanpa pengetahuan sesiapa, Irfan sebenarnya adalah pewaris sebuah syarikat gergasi tetapi dia enggan terlibat dalam bisnes keluarga yang diterajui oleh neneknya.
Bermulalah perjalanan Kamelia untuk kembali ke gaya hidup sihat di bawah seliaan Irfan yang taksub dengan bersenam. Kerana perasaan cemburu, tamak serta dendam yang terpendam dalam hati masing-masing telah menyebabkan beberapa insiden dan konflik berlaku antara Sahara, Edry dan Alif sekaligus merapatkan lagi hubungan Irfan dan Kamelia. Tanpa sedar, bibit-bibit cinta mula hadir di antara mereka berdua.
Waktu Siaran
Drama 20 episod, Terima Aku Seadanya bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 2.00 petang di TV3. Anda juga boleh tonton semua episod di Youtube TV3 Malaysia Official atau klik link dibawah