Jangan lupa untuk saksikan drama terbaru berjudul Tanam Apa Tuu? yang akan mula menemui penonton pada 18 Jun 2022, setiap hari Jumaat dan Sabtu pada pukul 6.00 petang di Salam HD, saluran 113 Unifi TV atau boleh juga strim di aplkasi PlayTV@Unifi
Episod : 13
Tayangan : Salam HD (Saluran 113 Unifi TV)
Tarikh : Mulai 18 Jun 2022 (Jumaat & Sabtu)
Waktu : 6.00 Petang
Penulis Skrip : Azlina Din
Pengarah : Nazir Jamaluddin
Produksi : A. Aida Production Sdn. Bhd.
Pelakon
Antara pelakon yang membintang drama siri ini seperti Puteri Sarah Liyana, Nafiez Zaidi, Hanna Qistina, Lan Zailan, Raja Azmi, Zulkifli Ismail, Aishah Atan, Norlie Tamam Idris, Ken Abdullah dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Puteri Sarah sebagai Fateha
- Nafiez Zaidi sebagai Raze
- Hanna Qistina sebagai Nurin
- Raja Azmi sebagai Rihana
- Lan Zailan sebagai Atuk
- Zulkifli Ismail sebagai Paklong Shahir
- Norlie Tamam Idris sebagai Dahlia
- Ken Abdullah sebagai Azlan
Sinopsis Drama Tanam Apa Tuu?
Drama Tanam Apa Tuu? mengisahkan tentang Raze yang merupakan seorang pelajar yang tegas, berwibawa dan dikagumi oleh ramai pelajar lain.
Namun, Raze telah tewas dengan kecantikan seorang pelajar iaitu Fateha. Raze ingin mencari peluang untuk mendekatkan dirinya dengan Fateha. Adakah dia berjaya berkenalan rapat selepas itu?