- advertisement -

Slot Akasia diteruskan lagi dengan sebuah drama baru, Tak Sempurna Mencintaimu yang akan mula ditayangkan pada 29 Mac 2021 di TV3 dan menerusi platform penstriman tempatan di WeTV Malaysia. Drama ini menggantikan drama Pujaan Hati Kanda yang diulang siar sebelum ini.

Drama Tak Sempurna Mencintaimu ini merupakan adaptasi novel daripada tajuk yang sama iaitu karya Rehan Makhtar yang diterbitkan pada 2018. Ianya antara novel best seller ketika ini. Kini bergerak setapak kehadapan apabila diangkat ke kaca TV.

Dengan sentuhan Emi Suffian bersama-sama pelakon hebat seperti Redza Rosli, Intan Najuwa, Fendy Bakry serta Rita Nadira pastinya akan membuatkan cerita ini lebih menarik dan membuatkan penonton tertunggu-tunggu tayangannya.

Episod : 28
Tayangan : Slot Akasia TV3 dan WeTV Malaysia
Pengarah : Emi Suffian
Penulis Skrip : Marr Mohamad, Eja Lorena, Lynnda Sharudin dan Mufid Suhaimi
Terbitan : Zeel Production Sdn. Bhd.
OST Drama : Durja nyanyian Khai Bahar

- advertisement -
tak sempurna mencintaimu

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang membintangi drama ini ialah Redza Rosli, Intan Najuwa, Fendy Bakry, Rita Nadira, Dato’ Tamimi Siregar, Wan Maimunah, Nafiez Zaidi, Aniq Suhair, Azza Elite, Ali Reza, Shah Khan, Scha Elinnea, Naim Shamshol

  • Redza Rosli sebagai Mustaqim
  • Intan Najuwa sebagai Siratul
  • Fendy Bakry sebagai Epul
  • Rita Nadira sebagai Melissa
  • Nafiez Zaidi sebagai Fiqri
  • Aniq Suhair sebagai Safwan
  • Azza Elite sebagai Kak Siti
  • Ali Reza sebagai Kyle
  • Shah Khan sebagai Kuca
  • Scha Elinnea sebagai Mawardah
  • Naim Shamshol sebagai Rudy

Sinopsis Drama Tak Sempurna Mencintaimu

Drama Tak Sempurna Mencintaimu mengisahkan tentang Mustaqim (Redza Rosli) dan Siratul (Intan Najuwa) yang masing-masing menjaga diri antara mereka dan sama-sama membentuk diri kearah kebaikan. Mustaqim berpewatakan seorang yang agak nakal dan panas baran manakala Siratul pula seorang yang penyabar, tabah dan lurus. Siratul bekerja keras demi mencari rezeki tanpa bergantung pada sesiapa pun. Pertemuan Mustaqim dan Siratul pada awalnya penuh dengan amarah tetapi akhirnya jatuh cinta.

Kisahnya bermula apabila adik Siratul telah melanggar motor kesayangan Mustaqim menyebabkan dia marah dan dengan lantang menghina gadis itu. Tapi walaupun dalam keadaan marah dia mengikuti Siratul, menggantikan perbelanjaan motor yang telah hancur dan rosak dan menghantar gadis itu pulang ke rumah dengan selamat.

tak sempurna mencintaimu

Mengenali Siratul membuatkan Mustaqim mula merasa tenang setelah 10 tahun hatinya terluka akibat pengkhianatan yang dilakukan oleh Melisa. Melisa merupakan seorang gadis yang amat menyukainya tetapi cinta itu tidak dibalas oleh Mustaqim. Lantas untuk membalas dendam Melisa berkahwin dengan ayah Mustaqim. Difitnahnya Mustaqim sehingga ayahnya menghalau keluar dari rumah dan dia tidak pernah pulang lagi selama 10 tahun.

Dengan adanya Siratul, hati yang beku itu perlahan-lahan kesilapan semalam dia cuba hapuskan. Tanpa sedar, cinta mula berputik antara mereka. Namun, cinta mana yang tidak diuji? Hadirnya Melisa tanpa diduga, membuatkan kisah cinta mereka benar-benar dipukul badai. Adakah Siratul dan Mustaqim dapat bersatu pada pengakhirannya? Semuanya hanya di TV3.

Waktu Tayangan

Jangan lupa saksikan drama Tak Sempurna Mencintaimu setiap hari iaitu Isnin hingga Ahad, jam 7 malam melalui slot Akasia TV3 bermula 29 Mac 2021. Anda juga boleh saksikan secara online di aplikasi WeTV Malaysia atau di wetv.vip secara percuma. Ianya akan ditayangkan selepas habis tayangan di TV iaitu pukul 8 malam.

Tonton Semua Episod Drama Tak Sempurna Mencintaimu Disini

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here