- advertisement -

Drama seram kini kembali untuk slot Samarinda apabila drama Tahyul akan menemui penonton bermula 12 Oktober 2021 di saluran TV3.

Drama ini menampilkan sekali lagi lakonan Cik B dan pelakon lain seperti Aniq Suhair, Wani Kayrie bagi menggantikan drama Dear Cinta

Episod : 15
Pengarah : Che Mie
Penerbit : Haji Md Fadzil Teh PJK
Produksi : Zeel Production Sdn. Bhd.
Pelakon : Aniq Suhair, Wani Kayrie, Cik B, Adly Sofwan, Shah Khan, Tania Hudson, Rozita Che Wan, Aidit Noh dan ramai lagi

drama tahyul

Sinopsis Drama Tahyul

Drama Tahyul mengisahkan 5 sahabat pencipta kandungan atau content creator dari laman sosial “Tales Of Tahyul” telah merancang untuk merakam aktiviti paranormal di sebuah banglo usang.

- advertisement -

Namun rancangan mereka itu hanyalah lakonan semata-mata bagi tujuan meraih perhatian, wang dan tontonan netizen. Hakikatnya lokasi yang dipilih itu memang dihuni oleh makhluk halus.

Lakonan dan penipuan mereka bertukar menjadi tragedi setelah mereka menerima gangguan makhluk halus dan terperangkap di dalam banglo usang itu. Apa akan terjadi disaat kesilapan masa lalu mereka mula menghantui kembali?

drama tahyul

Waktu Bersiaran

Jangan lupa untuk saksikan naskah drama Tahyul yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam di slot Samarinda TV3 atau di Tonton. Selain itu, boleh tonton di Youtube TV3 Malaysia.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here