Istimewa Ramadan kali ini, Awesome TV bawakan pelbagai rancangan menarik termasuk drama Sudin Dah Kaya yang akan mula menemui penonton bermula 2 April 2022.
Naskah ini merupakan terbitan pelakon utama sendiri iaitu Dato’ Awie menerusi syarikat produksi Rumah Produksi Merah dengan arahan daripada Razif Ajiboy Rashid serta nukilan skrip oleh Faten Syamimie dan Azahari Hamid
Tayangan : Awesome TV (Istimewa Ramadan)
Pengarah : Razif Ajiboy Rashid
Penulis Skrip : Faten Syamimie dan Azahari Hamid
Penerbit : Dato’ Awie
Produksi : Rumah Produksi Merah


Pelakon
Antara pelakon yang membarisi drama siri ini ialah Dato’ Awie, Marisa Yasmin, Zalif Sidek, Puteri Lofea, Ummar Dzariff, Sharwani Ns, Afiq Rahem, Alif Rafiq dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Dato’ Awie sebagai Samad
- Marisa Yasmin sebagai Saodah
- Zalif Sidek sebagai Shuib
- Puteri Lofea sebagai Saerah
- Ummar Dzariff sebagai Sudin
Sinopsis Sudin Dah Kaya
Telefilem Sudin Dah Kaya bermula dengan sebuah keluarga termiskin di Malaysia yang terdiri daripada pasangan suami isteri, SAMAD dan SAODAH. Dua anak mereka iaitu SAERAH dan SUDIN, dan juga adik kepada Samad iaitu SHUIB menjumpai karung berisi wang jutaan ringgit.
Samad yang lurus menganggap doanya untuk menjadi kaya telah dimakbulkan Tuhan, lalu keluarga tersebut menggunakan wang tersebut untuk memulakan hidup baru sebagai orang kaya.
Keluarga Sudin bingung untuk memulakan hidup sebagai orang kaya. Perkara pertama yang dilakukan adalah berpindah ke rumah besar.
Dengan kebijaksanaan Sudin, keluarganya mulai menyesuaikan diri dengan kehidupan baru mereka sebagai orang kaya, meskipun banyak peristiwa lucu yang berlaku kerana beza hidup mereka dulu dan kini ibarat langit dengan bumi.
Waktu Bersiaran
Jadi jangan terlepas untuk saksikan drama Sudin Dah Kaya bermula 2 April ini sepanjang Ramadan, setiap hari Khamis hingga Ahad pada pukul 9.30 malam di Awesome TV (Astro 123 dan Myfreeview 112)
Selain itu, anda juga boleh tonton secara online menerusi website Awesome TV di awesometv.my selepas habis tayangan di tv atau klik SINI