Sebuah drama siri melayu tempatan, Suara Hati akan menemui penonton mulai 19 Julai 2021 menerusi slot Tiara di Astro Prima. Drama ini bakal menggantikan drama Derita Untuk Bahagia sebelum ini.
BACA : Tonton Drama Angkara Cinta Melalui Slot Tiara Di Astro Prima
Drama ini juga merupakan adaptasi novel ‘Suara Hati’ karya Anis Ayuni diterbitkan pada tahun 2002 yang membawakan genre kekeluargaan terbitan Astro Prima ini. Pastinya drama adaptasi kali ini dapat memberikan kepuasan kepada penonton.
Episod : 13
Tayangan : Slot Tiara Astro Prima
Pengarah : Emy Suffian (Pyan Screw)
Skrip : Farah Alya As’ari
Penerbit : Dato Zaiton Mohd Jiwa
Produksi : Global Film Station Sdn. Bhd.
Pelakon : Hanna Aqeela, Syafiq Kyle, Aidil Aziz, Zeera Hariz, Afzan A Rahman, Qistina Khaled, Syahir Shafein, Liza Rafar, Fazlina Ahmad Daud, YM Dato’ Sri Rezza Shah dan ramai lagi
- Syafiq Kyle sebagai Harris
- Hanna Aqeela sebagai Hani
- Aidil Aziz sebagai Naim
- Zera Hariz sebagai Suraya
- Afzan A Rahman sebagai Amir
- Qistina Khaled sebagai Sarah
- Syahir Shafein sebagai Ramzi
- Liza Rafar sebagai Sha
- Fazlina Ahmad Daud sebagai Khaty
- Shah Rezza sebagai Jo


OST Drama
Lagu : Biar Aku Simpan
Penyanyi : Bimasakti ft Oktovia Manrose
Komposer: Jim Bimasakti
Lirik: Harris Yusof
Sinopsis Drama Suara Hati
Drama Suara Hati mengisahkan Hani (Hanna Aqeela), seorang pelajar universiti bercinta dengan Haris (Syafiq Kyle) yang aktif dalam aktiviti sukan. Akan tetapi Haris hilangkan diri dan sepi tanpa khabar berita.
Hani kemudiannya diperkenalkan oleh ibu bapanya dengan Naim (Aidil Aziz), seorang pensyarah di universitinya.
Bila Haris muncul semula, semuanya sudah terlambat sebab Hani telah disatukan dengan Naim. Perkahwinan Hani dan Naim sangat bahagia, namun Naim meninggal dunia semasa Hani mengandungkan anak kedua mereka.
Hani bertemu semula dengan Haris yang ingin kembali dalam hidupnya semula.
Waktu Siaran
Drama Suara Hati akan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang menerusi slot Tiara di Astro Prima saluran 105 bermula 19 Julai ini. Anda juga boleh saksikan secara On Demand atau menerusi aplikasi Astro Go dan Ultra Box.
Bagi bukan pelanggan Astro, anda juga boleh tonton drama ini dengan melanggan aplikasi Sooka atau di website www.sooka.my serendah RM15.90 sebulan.