Menyusuli Kau Cipta Kasih, drama Suamiku Lelaki Pendosa akan mengisi slot Samarinda bermula 9 Februari 2022, yang turut disiarkan melalui perkhidmatan penstriman Disney+ Hotstar pada hari yang sama tetapi lebih awal berbanding siaran di TV3.
Drama bersiri yang diinspirasikan dari novel ‘Imamku Lelaki Pendosa’ karya Umie Nadzimah merupakan terbitan Global Station Sdn. Bhd., diarahkan oleh Eyra Rahman serta nukilan skrip oleh Siti Jasmina dan Ctna Marzuki
Episod : 28
Tayangan : Slot Samarinda TV3 dan Disney+ Hotstar
Pengarah : Eyra Rahman
Penulis Skrip : Siti Jasmina dan Ctna Marzuki
Produksi : Global Station Sdn. Bhd.


Barisan Pelakon Dan Watak
Drama ini menampilkan pelakon-pelakon popular Malaysia seperti Aaron Aziz, Sophia Albarakbah, Shima Anuar, Gambit Saifullah, Fauzi Nawawi, Maria Farida, Aleza Shadan, Edika Yusof, Hafeez Mikail, Faez Malik, Kael, Fiza Thomas, Annie Mosha dan ramai lagi.
- Sophia Albarakbah sebagai Cahaya Malaika
- Aaron Aziz sebagai Dean Ilyas
- Gambit Abdullah sebagai Izfairin
- Datin Junaidah sebagai Maria Farida
- Shima Anuar sebagai Anggun Dania
- Fauzi Nawawi sebagai Firdaus
- Aleza Shadan sebagai Wahidah
- Edika Yusof sebagai Dato Seri Afnan
- Hafeez Mikail sebagai Hael Idris
- Faez Malek sebagai Jerry
- Fiza Thomas sebagai Maya
- Kael sebagai Nik Safri
- Annie Mosha sebagai Balqis
Sinopsis Drama Suamiku Lelaki Pendosa
Drama Suamiku Lelaki Pendosa menceritakan kehidupan Cahaya Malaika yang dahulunya seorang periang dan bertukar rentak apabila rahsia identitinya terbongkar dan dikatakan sebagai anak tak saf taraf.
Nik Safri tidak dapat menerima status Cahaya Malaika sebagai anak angkat yang tidak diketahui asal usulnya lalu menghina dan memutuskan pertunangannya dengan Cahaya.
Suatu hari, Cahaya Malaika bertemu dengan Datin Junaidah dimana dia begitu berkenan dan mahu dirinya menjadi isteri kepada anaknya, Dean Ilyas. Walaupun sepertinya perkahwinan dilakukan secara tergesa-gesa, Cahaya menerima lamaran tersebut tanpa syak wasangka.
Selepas berkahwin, Cahaya terkejut apabila mengetahui rahsia suaminya, Dean dan kawan baiknya, Izfairin yang mempunyai hubungan homoseksual iaitu hubungan sesama jenis.
Rupa-rupanya Datin Junaidah mempunyai agenda sendiri dan hanya mempergunakan Cahaya Malaika untuk menutup kekurangan pada anaknya yang luarannya tampak sempurna
Adakah Cahaya Malaika mampu menerima takdir dan membimbing Dean ke jalan yang benar dan kembali kepada fitnah manusia? Mampukah juga Dean berubah dan meninggalkan Izfairin.
Waktu Bersiaran
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama Suamiku Lelaki Pendosa bermula 9 Februari ini, setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 10.00 malam menerusi slot Samarinda di TV3.
Selain itu, anda juga boleh tonton secara online dengan waktu lebih awal di platform penstriman Disney+ Hostar menerusi www.hotstar.com atau di aplikasi mobile langganan sebanyak RM54.90 untuk 3 bulan.