- advertisement -

Penyiar Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan bawakan sebuah drama aksi terbaru berjudul Skuad JPJ yang akan mula bersiaran pada 4 April 2022 menerusi saluran di TV1.

Mungkin sebelum ini kita dah pernah disajikan dengan aksi daripada pasukan Polis atau Bomba dan kali ini kita akan tengok pula bagaimana pasukan khas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membanteras jenayah jalan raya.

BACA : Drama Kerana Hafsanya Setia Di TV1 (Sitrus Ramadan)

Drama 13 episod ini diterbitkan oleh Kalam Ariff Holdings Sdn. Bhd., diarahkan oleh Mohd Fazli Yahya atau dikenali dengan Pali Yahya serta hasil nukilan skrip oleh MF Kencana.

- advertisement -

Episod : 13
Tayangan : Slot Harmoni di TV1
Pengarah : Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya)
Penulis Skrip : MF Kencana
Produksi : Kalan Ariff Holdings Sdn. Bhd.

skuad jpj

Pelakon

Antara senarai pelakon drama Skuad JPJ ialah Saharul Ridzwan, Rashdan Baba, Fify Azman, Kodi Rasheed, Sefik Khair, Fiza Thomas dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Saharul Ridzwan sebagai Faiz
  • Kodi Rasheed sebagai Zamani
  • Fify Azman sebagai Shila
  • Sefik Khair sebagai Jason
  • Fiza Thomas sebagai Jessi
  • Rashdan Baba sebagai Shah

Sinopsis Drama Skuad JPJ

Drama Skuad JPJ merujuk kepada kisah-kisah atau dari kes sebenar yang berlaku untuk didramakan bagi tujuan menyedarkan masyarakat mengenai kesalahan-kesalahan yang kerap berlaku hingga mengorbankan nyawa.

Selain itu, bidang tugas JPJ yang lain akan turut ditonjolkan dalam drama ini seperti tugas-tugas JPJ yang lain untuk diangkat dan didramakan ke kaca televisyen juga lebih terserlah kerana bidang tugasnya yang lebih luas dan merangkumi dalam beberapa aspek penyiasatan forensik, pengurusan dan sebagainya.

  • skuad jpj
  • skuad jpj

Waktu Bersiaran

Jangan lupa untuk saksikan drama Skuad JPJ mulai 4 April ini, setiap hari Isnin hingga Rabu pada pukul 10.00 malam di TV1.

Selain itu, anda juga boleh saksikan secara online menerusi platform RTMKLIK di rtmklik.rtm.gov.my atau di aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun di Play Store atau App Store

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here