- advertisement -

Naskah Siri Astro Originals kini kembali lagi dan kali ini akan dibawakan sebuah drama berjudul Kuasa yang akan bersiaran bermula 11 April 2022 di saluran Astro Citra.

BACA : Saksikan Drama Dukun Diva (Astro Original Astro Citra)

Kali ini Astro bawakan sebuah drama dengan genre fiksyen dalam sebuah keluarga yang terkenal dalam dunia hiburan dimana hidup dengan glamor, kemasyhuran dan pengkhianatan.

Drama ini merupakan idea asal Shamin Yusof dengan hasil penulisan skrip oleh Shamaine Othman dan Leysha Al-Yahya serta diterbitkan oleh dua penerbit filem terkenal iaitu Astro Shaw dan Skop Productions.

- advertisement -

Episod : 8
Pengarah : Kroll Azry
Idea Asal : Shamin Yusof
Penulis Skrip : Shamaine Othman & Leysha Al-Yahya
Produksi : Astro Shaw Sdn. Bhd. & Skop Production Sdn. Bhd.

Kuasa

Barisan Pelakon

Ramai pelakon hebat yang membintangi drama siri ini seperti Ridzuan Hashim, Ning Baizura, Nazim Othman, Nadia Brian, Izzy Reef, Dazrin Kamarudin, Alicia Amin, Nia Atasha, Azri Iskandar, Syanie Hisham, Farid Amirul dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Ridzuan Hashim sebagai Tan Sri Dhameer
  • Ning Baizura sebagai Puan Sri Lily
  • Nazim Othman sebagai Darius
  • Nadia Brian sebagai Delilah
  • Izzy Reef sebagai Dharma
  • Dazrin Kamarudin sebagai Arman
  • Alicia Amin sebagai Emma
  • Nia Atasha sebagai Natalie
  • Azri Iskandar sebagai Tan Sri Aziz
  • Syanie Hisham sebagai Kak Bah
  • Farid Amirul sebagai Doktor Jason

OST Drama

Tajuk Lagu : Kuasa
Penyanyi : Joe Flizzow ft Azlan & The Typewriter
Komposer : Alif/Taja Archive Sdn. Bhd.
Lirik : Joe Flizzow

Sinopsis Drama Siri Kuasa

Drama siri Kuasa mengisahkan tentang kehidupan sebuah keluarga penerbit terkenal dan berpengaruh yang mana mereka hidup dalam kemegahan bersama tiga orang anaknya yang bakal mewarisi legasinya kelak.

Selama 35 tahun dalam industri hiburan ini, Tan Sri Dhameer telah pun membina sebuah empayar terbesar dengan syarikat Wira Entertainment yang mana bermula dengan penghasilan filem-filem tempatan, muzik dan kemudian ke platform pelaburan sehinggalah menubuhkan yayasan.

Walaubagaimanapun, ketiga-tiga anaknya, Delilah, Darius dan Dharman tamak dan ingin merebut untuk menjadi waris tunggal syarikat milik ayahnya tersebut.

Oleh itu, ayahnya Tan Sri Dhameer cuba untuk mendidikan anak-anaknya dimana sebenarnya terdapat musuh yang jauh lebih besar yang perlu mereka atasi yang datang daripada keluarga mereka sendiri.

Adakah dia akan berjaya atau mungkin disebabkan ketamakan anak-anaknya tersebut akan menjadi punca kejatuhan empayar beliau dimasa akan datang?

  • Kuasa
  • Kuasa

Waktu Bersiaran

Untuk ketahui kesudahannya, jangan lupa untuk saksikan drama siri Kuasa bermula 11 April, setiap hari Isnin yang bersiaran pada pukul 9.00 malam di saluran Astro Citra 108.

Selain itu, anda juga boleh tonton secara On Demand atau menerusi platform Astro Go yang boleh dimuat turun di Play Store atau App Store.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here