- advertisement -

Slot Drama Pukul 6 diteruskan lagi drama Single Terlalu Lama bagi menggantikan drama bersiri melayu tempatan, Madam E-Wallet sebelum ini yang ditayangkan di TV3. Drama ini akan menemui penonton mulai 29 April 2021.

Untuk pengetahuan, drama ini bukan adaptasi daripada novel ‘Single Terlalu Lama‘ karya Pynat Mouri, tetapi ianya idea asal daripada pengarah sendiri merangkap pelakon utama, Ungku Ismail.

Episod : 28
Tayangan : Slot Drama Pukul 6 di TV3
Pengarah : Ungku Ismail Aziz
Skrip : Ungku Ismail
Penerbit : Shahrulezad Mohameddin, Fazli Hj Baharom
Produksi : Radius One Sdn. Bhd.

single terlalu lama

Barisan Pelakon

Drama Single Terlalu Lama dibarisi pelakon seperti Ungku Ismail, Julia Farhana, Riz Amin, Anas Ridzuan, Shah Kimin, Dayana Roza, Lia Natalia, Azar Azmi, Noorkhiriah, Zila Bakarin, Uchee Fukada, Norman Hakim dan ramai lagi.

- advertisement -

Sinopsis Drama Single Terlalu Lama

Drama Single Terlalu Lama ini mengisahkan Andy (Ungku Ismail), seorang lelaki yang berusia sekitar 40-an yang masih tercari-cari gadis idamannya, namun pada majlis reunion sekolah, beliau telah berjumpa dengan seorang gadis bernama Jasmine yang menjadi kegilaan ramai pelajar lelaki ketika mereka masih dibangku sekolah.

  • single terlalu lama
  • single terlalu lama

Tidak menunggu terlalu lama, Andy mengambil keputusan untuk menjalinkan hubungan serius bersama Jasmine (Julia Farhana) namun, siapa sangka gadis popular ini sebenarnya menyimpan sebuah rahsia disebalik populariti dan kecantikannya itu. Apakah rahsianya? Korang kena tengok drama ni sampai habis

Waktu Tayangan

Jangan lupa, mulai 29 April ini, drama Single Terlalu Lama akan mula disiarkan iaitu setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.00 petang di slot Drama Pukul 6 hanya di TV3. Boleh juga tonton secara online di Live TV.

Selain itu, anda juga boleh strim melalui aplikasi Disney+ Hotstar atau menerusi laman web di https://www.hotstar.com/my

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here