- advertisement -

Berita baik untuk semua penonton setia slot Akasia TV3 kerana drama Shakira akan memulakan tayangannya pada hari ini, 5 januari 2021 bagi menggantikan drama Kisah Cinta Kita sekali gus membuka tirai drama terbaru di tv3.

Sebuah drama terbitan Wiranusa Corporation ini menampilkan 3 gandingan pelakon yang buat pertama kali digabungkan dalam sebuah drama iaitu Shukri Yahaya, Janna Nick dan Khai Bahar.

Gandingan Shukri Yahaya yang memang kita tahu sebati dengan drama melayu ditambah pula dengan Janna Nick yang mana seorang pelakon serba boleh bagi melakonkan sesebuah watak.

Episod : 28
Tayangan : Slot Akasia TV3 & iQIYI Malaysia
Pengarah : Idora Abdul Rahman
Penulis Skrip : Zarihah Hassan dan Zuraida Ramli
Penerbit : Saiful Bahri Alias
Produksi : Wiranusa Corporation
Pelakon : Janna Nick, Shukri Yahaya, Khai Bahar, Syerinie Myra, Ramona Zam Zam, Marisa Yasmin, Melissa Wafa, Edika Yusof, Ikhwan Khairudin, Wan Nor Azlin dan ramai lagi

- advertisement -
  • Janna Nick sebagai SHAKIRA
  • Shukri Yahaya sebagai AMIR
  • Khai Bahar sebagai IRDI
  • Syerinie Myra sebagai ANITA
  • Ramona Zam Zam sebagai KARTIMI
  • Marisa Yasmin sebagai AIDA
  • Melissa Wafa sebagai YANIE
  • Wan Nor Azlin sebagai KALSOM
drama shakira

OST Drama

Judul : Demi Cinta Ini
Penyanyi : Tomok dan Fatin Afeefa
Lirik : Tomok
Komposer : Tomok

Sinopsis Drama Shakira

Drama Shakira mengisahkan watak Shakira yang terpaksa berhenti kolej untuk menjaga adiknya yang mempunyai masalah mental. Ini berikutan adik Shakira telah kelingan bayinya.

Jadi untuk membantu dan menampung kehidupan mereka, Shakira menjadi seorang penyanyi busker sepenuh masa. Pada satu hari, dia ditawarkan kerja sebagai penyanyi live band di Terengganu.

Disinilah bermula perjalanan cerita apabila Shakira bertemu dengan Amir. Pada mulanya mereka bersifat tegang antara satu sama lain dan lama-kelamaan cinta mula berputik.

Baru perasaan cinta mula timbul, bekas tunang Amir iaitu Anita muncul dan mahukan Amir kembali. Maka jadilah cinta 3 segi antara mereka.

Dapatkan Amir mengejar cinta Shakira? Bagaimana pula dengan adik Shakira yang mempunyai masalah mental tersebut. Apa pula yang Anita akan buat pada Shakira? Kena tonton nanti.

  • drama shakira
  • drama shakira

Waktu Bersiaran

Jangan lupa untuk saksikan drama Shakira yang bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam di slot Akasia di TV3 bermula 5 Januari ini.

Selain itu ianya akan ditayangkan di platform penstriman iQIYI secara percuma untuk waktu 48 jam. Jika anda pengguna VIP, anda boleh dapatkan akses kepada episod baru sejurus habis tayangan di TV, jam 8 malam. Boleh langgan disini.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here