- advertisement -

Secara eksklusif di iQIYI. Saksikan drama Shah Alam 40K bermula 29 Mac ini ditayangkan secara online secara eksklusif sebelum tayangan di TV3 kelak. Jadi anda boleh tonton drama ini semula secara percuma di telefon bimbit anda pada bila-bila masa sahaja.

Dengan usahama pihak iQIYI Malaysia dan Media Prima buat pertama kali, sebuah drama melayu tempatan akan ditayangkan di platform penstriman ini lebih awal iaitu Drama Shah Alam 40K. Drama ini pula menampilkan barisan pelakon lama hebat seperti Rita Rudaini, Datin Umie Aida, Dato Shah Rezza dan ramai lagi.

shah alam 40k

Episod : 28
Tayangan : Aplikasi iQIYI
Pengarah : Isma Yusoof
Penulis Skrip : MF Kencana
Terbitan : Global Station Sdn. Bhd.
Pelakon : Rita Rudaini, Umie Aida, Anna Jobling, Arash Mohd, Shah Rezza, Jabir Meftah, Danish Iskandar, Zailin Aqeesha, Fadlan Hazim, Aedy Ashraf, Yusry Abdul Halim, Qistina Khaled dan ramai lagi.

  • Datin Umie Aida sebagai DATIN SRI AZALINA
  • Dato Shahrezza sebagai DATO SRI YAHYA
  • Jabir Meftah sebagai AKIFF
  • Zailinaqeesha sebagai ARISA
  • Rita Rudaini sebagai DATIN ROSE
  • Arash Mohd sebagai DATO ANUAR
  • Danish Iskandar sebagai FATAH
  • Anna Joblin sebagai SHAFINAZ MCKENZIE
  • Fadhlan Hazim sebagai CHEF KUSH

Sinopsis Drama Shah Alam 40K

Cerita Shah Alam 40000 berkisar tentang beberapa orang sahabat yang tinggal di kejiranan yang sama di kawasan Shah Alam. Datin Sri Azalina, 47, seorang usahawan berjaya yang dikenali, isteri kedua pada Dato Sri Yahya (pemilik multi business) mempunyai dua orang anak, Akiff, 20 (baru masuk universiti), dan Arissa, 14 (pelajar sekolah).

- advertisement -

Datin Rose, 43 – seorang Datin yang secara natural seorang suri rumah, yang selalu ingin cuba menceburkan diri dalam bidang perniangaan. Isteri kedua kepada Dato Anuar (52 – meniaga). Shafinaz McKenzie, 31 – super-hot, famous celebrity and influencer, memang keluarga kaya – merupakan rakan baik Datin Sri Azalina dan Datin Rose. Baru putus dengan seorang Chef celebrity terkenal – Chef Kush.

Cerita bermula dari pembukaan cafe DS Azalina, di mana semuanya kelihatan normal, seperti tidak ada masalah sesama mereka. Tapi rupanya dalam diam, masing masing merahsiakan pelbagai perkara.

Rose merahsiakan yang dia dikejar Along apabila ditipu oleh business partner nya, yang juga merupakan ex-celebrity. Shafinaz merahsiakan tentang perhubungannya dengan seorang pilot dan akhirnya terbongkar juga. Begitu juga dengan suami dan anak mereka masing masing.
Adakah dengan terus menyimpan rahsia ini akan selamatkan perhubungan mereka sesama mereka?

Waktu Tayangan

Drama Shah Alam 40K akan mula bersiaran pada 29 Mac 2021 iaitu setiap Isnin hingga Khamis jam 12 tengah hari hanya di aplikasi iQIYI atau website www.iq.com. Anda boleh tonton secara percuma.

Aplikasi ini boleh dimuat-turun melalui Google Play Store atau App Store. Jangan lupa juga untuk dapatkan akses VIP dengan melanggan serendah RM1.90 sebulan untuk bulanan pertama.

Kemaskini terbaru, drama Shah Alama 40000 disiarkan setiap isnin hingga jumaat, jam 7.00 malam di slot Akasia TV3 bermula 3 Ogos 2021

BACA : Cara Melanggan Akaun VIP Di Platform Penstriman iQIYI

Shah Alam 40K

Tonton Semua Episod Drama Shah Alam 40000

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here