Jangan lupa saksikan drama terbaru Serpihan Sayang yang akan menemui penonton mulai 22 Februari 2023, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10.00 malam di slot Samarinda TV3 dan Tonton.
Drama yang bakal menggantikan Bukan Lelaki Terhebat yang telah tamat pada 21 Februari lalu juga bakal disiarkan secara online menerusi platform iQIYI sejurus selepas habis tayangan di tv khusus untuk pelanggan VIP dan secara percuma selepas 48 jam.
Episod : 15
Tayangan : Slot Samarinda TV3 dan iQIYI
Tarikh : Mulai 22 Februari 2023 (Isnin – Khamis)
Penulis Skrip : Amor Rizan dan Saiqa Askari
Pengarah : Amor Rizan
Produksi : Padi Pictures Sdn. Bhd.
Tonton
Pelakon
Antara pelakon yang membintangi drama ini seperti Fasha Sandha, Aeril Zafrel, Shahz Jaszle, Elisya Sandha, Zarina Zainoordin, Ameerul Asyraf, Amirul Asyhwad, Tallisya, Nick Syaf, Auni Zahra, Syed Irfan dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Fasha Sandha sebagai Nadia
- Shah Jaszle sebagai Syakir
- Elisya Sandha sebagai Alisya
- Aeril Zafrel sebagai Imran
Sinopsis Drama Serpihan Sayang
Drama Serpihan Sayang mengisahkan tentang Nadia yang menghidap penyakit postpartum psikosis setelah kehilangan anak dalam kandungan akibat kemalangan. Namun, dengan rawatan dan terapi yang rapi, Nadia mampu menjalani kehidupan seperti biasa.
Kehidupan di rumah Nadia dan suaminya, Syakir, disertai Alisya. Namun, kehadiran Imran yang merupakan abang kandung kepada Syakir yang telah lama terpisah, menjadi titik di mana situasi mulai berubah.
Imran bijak mengatur langkah untuk mempengaruhi Syakir agar dia dapat tinggal bersama-sama. Sejak Imran mula menetap di rumah tersebut, pelbagai kejadian aneh berlaku. Penyakit postpartum psikosis yang dihidapi Nadia juga menjadi semakin parah.



