- advertisement -

Selepas menerbitkan siri original pertama berjudul Love In Lockdown, Sooka kini kembali dengan drama adaptasi pula berjudul Sepi Tanpa Cinta yang akan menemui penonton bermula 8 April 2022 eksklusif hanya di Sooka.

Platform penstriman Sooka antara platform terbaru yang diterbitkan dibawah Astro dengan pelbagai variasi kandungan On Demand yang disediakan termasuk juga tayangan siaran langsung bagi saluran sukan.

Drama ini merupakan adaptasi novel berjudul “Biarkan Sepi Berlalu” karya Damya Hanna dan kini diterbitkan oleh syarikat produksi Opera Klasik Sdn. Bhd. daripada pengarah tersohor Rashid Sibir.

Episod : 20
Tayangan : Sooka
Pengarah : Rashid Sibir
Penulis Skrip : Adib Zaini, Mike Alias, Shaza Talib, Ares Bahar, Dayang Noor, Qawiem Hamizan
Penerbit : Nurul Huda Azizi
Produksi : Opera Klasik Sdn. Bhd.

- advertisement -
sepi tanpa cinta

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang terlibat dalam drama Sepi Tanpa Cinta ialah Nazim Othman, Yuna Rahim, Jiha Asham, Zulhelmy, Asyikin Zahid, Shiela Mambo, Fauziah Nawi, Fikri Bazli, Rosnah Mat Aris, Maria Farida, Zaidi Omar dan ramai lagi

Watak Lakonan

  • Nazim Othman sebagai Fakarul
  • Yuna Rahim sebagai Haziqah
  • Jiha Asham sebagai Sue
  • Zulhelmy sebagai Yusri
  • Asyikin Zahid sebagai Radiah
  • Shiela Mambo sebagai Haryati
  • Fauziah Nawi sebagai Aminah
  • Fikri Bazli sebagai Amirul
  • Rosnah Mat Aris sebagai Senah
  • Maria Farida sebagai Sakinah
  • Zaidi Omar sebagai Fuad

Sinopsis Drama Sepi Tanpa Cinta

Drama Sepi Tanpa Cinta mengisahkan tentang Haziqah yang memasang impian untuk hidup bahagia disamping Yusri. Namun, dia tidak menduga di saat hari yang dinantikan itu bakal menjelma, timbul fitnah yang mempersoalkan kesucian dirinya. Lantaran itu, pelamin angannya musnah menyebabkan harapannya hancur berkecai umpama terhempas.

Namun, Haziqah nekad. Majlis perlu diteruskan. Apa yang penting, fitnah dapat dihentikan. Biarpun Fakrul tidak pernah dicintai, dia rela menerima lelaki itu sebagai suami asalkan kesucian dirinya dapat dibuktikan. Malangnya, perkahwinan yang tercipta itu hanya menambahkan derita yang sedia tergalas di bahunya. Dia dikeji dan digantung tidak bertali!

Bagi Fakrul, hatinya telah tertutup untuk mencintai setelah Azura, gadis pertama yang disayanginya bertindak curang. Dia benci kepada perempuan yang tidak setia. Maka, apabila dipaksa menerima Haziqah sebagai isteri, kebenciannya seakan-akan menggunung.

Tidak langsung Fakrul menyangka, pertemuan kedua antara dirinya dan Haziqah membuatkan dia tiba-tiba merasakan bahawa Haziqah telah ditakdirkan untuknya. Bukan Yusri mahupun Hafiz, sepupunya.

Mampukah Haziqah menyambut huluran cinta Fakrul setelah dirinya puas dihina? Haziqah tidak mahu pisang berbuah dua kali. Terasa kedukaan lalu masih bertapak utuh di hatinya. Cukuplah sekali dia dilukai.

  • sepi tanpa cinta
  • sepi tanpa cinta
  • sepi tanpa cinta

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan drama Sepi Tanpa Cinta bermula 8 April ini, setiap hari Jumaat secara eksklusif hanya di aplikasi Sooka.

Untuk permulaan, anda boleh saksikan 3 episod secara percuma di pautan ini dan tontonan episod seterusnya dengan yuran langganan serendah RM15.90 sebulan untuk pakej VIP Entertainment

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here