Jangan lupa untuk saksikan drama Selamanya Suri Cinta yang akan menemui penonton bermula 15 Julai 2022, setiap hari Khamis dan Jumaat pada pukul 9.30 malam menerusi saluran TV9 atau secara online di www.tonton.com.my
Episod : 20
Tayangan : TV9
Tarikh : Mulai 15 Julai 2022 (Khamis dan Jumaat)
Waktu : 9.30 Malam
Penulis Skrip : Ramlah Rashid, Azilah Wahab, Eita Cardoba dan Hasliza Hassan
Pengarah : Zamri Zakaria
Produksi Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.
Pelakon
Antara pelakon yang membintangi drama ini seperti Siti Nordiana, Sham Visa, Faradhiya, Fahrin Ahmad, Raja Azmi, Adriana Alyssa, Ziqri Mikhail, Aryan Adzrin dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Siti Nordiana sebagai Wanda Nurhayati
- Sham Visa sebagai Fairuz
- Farahdhiya sebagai Maisarah
- Fahrin Ahmad sebagai Amirul
- Raja Azmi sebagai Hajah Noriah
Sinopsis Drama Selamanya Suri Cinta
Drama Selamanya Suri Cinta mengisahkan tentang Wanda dan Fairuz yang suka bersaing sejak zaman persekolahan sehinggalah ke alam perkahwinan, mereka tidak mahu kalah dan sentiasa ingin menjadi ibu dan bapa terbaik.
Sehinggalah, anak bongsu mereka iaitu Shazni menghidap Hemofilia dan Wanda terpaksa mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan tertinggi di syarikat dan melepaskan impiannya dan kini dia menjadi suri rumah.
Apakah yang bakal berlaku seterusnya?

