- advertisement -

Jangan lupa saksikan drama Sekali Lagi Cinta Kembali yang akan menemui penonton mulai 13 September 2022, setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 7.00 malam di slot Akasia TV3 dan secara online di aplikasi iQIYI atau www.iq.com/local

Drama yang bakal menggantikan Ku Punya Hati yang telah tamat pada 12 September lalu ini merupakan adaptasi novel dengan tajuk yang sama Sekali Lagi Cinta Kembali karya Anna Milia.

Episod : 28
Tayangan : Slot Akasia TV3 & iQIYI Malaysia
Tarikh : Mulai 13 September 2022 (Isnin – Jumaat)
Waktu : 7.00 Malam
Penulis Skrip : Rehal Nuharis
Pengarah : Riza Baharudin
Produksi : A. Aida Production Sdn. Bhd.

Tonton

Pelakon

Antara pelakon yang membintangi drama bersiri ini seperti Siti Khadijah Halim, Aniq Suhair, Zaki Azeman, Fazlina Ahmad Daud, Kismah Johar, Syamim Farid, Nina KSC, Shatirah Amanda, Ellyas Abdullah, Siti Hariesa, Kuza, Raja Azmi, Izzendra dan ramai lagi.

- advertisement -

Watak Lakonan

  • Siti Khadijah sebagai Aira
  • Aniq Suhair sebagai Hayyat
  • Zaki Azeman sebagai Zafran
  • Fazlina Ahmad Daud sebagai Aida
  • Kismah Johar sebagai Neksom
  • Syamim Farid sebagai Heliza
  • Kuza sebagai Rozita
  • Raja Azmi sebagai Badariah
  • Ellyas Abdullah sebagai Imran
  • Izzendra sebagai Amberlyn

OST Drama

Tajuk Lagu : Ku Cuba
Penyanyi : Hariz Fayahet
Komposer : Sharon Paul
LirikĀ  : Dato A.Aida

Sinopsis Drama Sekali Lagi Cinta Kembali

Drama Sekali Lagi Cinta Kembali mengisahkan tentang kehidupan Aira yang membawa diri setelah Imran berkahwin dengan adiknya, Hana dan bekerja di sebuah pusat terapi.

Kerana kesilapan yang dilakukan ketika bekerja tersebut, Aira terpaksa berhenti dan menjadi pengasuh Syafi dan membetulkan kembali keadaan dengan menyatukan semula keluarga Zafran.

Dari situ juga, Aira bertemu dengan Hayyat, abang kepada Zafran yang sering kali cuba untuk mencari gaduh dengannya. Dari benci bertukar cinta, dalam diam Hayyat jatuh cinta kepada Aira.

Kisah silam Hayyat terbongkar. Jika Imran digelar spesies virus, Hayyat pula ibarat bom atom. Boleh membunuh Aira bila-bila masa sahaja.

Namun, Aira hanya mempunyai dua pilihan. Pilih si virus yang kini bergelar duda atau menerima bom atom. Aira perlu cari jalan keluar daripada permainan yang dia sendiri cipta.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here